Skytropolis

Hai guys!!


Pernah tak rasa cam nk pergi bercuti atau nk spend time dengan family tapi kurang budget? mesti pernahkan. So kali ni aku nk ajak korang ke Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands. bagi aku harga untuk masuk ke sini tak mahal, hanya RM60 untuk unlimited pass per day. So korang boleh main bnyak mana pon yang korang suka.Dengan keluasan lebih 400,000 kaki persegi, taman tema ni lebih daripada 30 permainan termasuklah yang extreme mahupun tak. Taman tema ini juga sebenarnya sesuai utk kanak2. so yg mana keluarga dia ramai kanak2 tu, aku rasa tempat ni memang sesuai untuk pergi bersama keluarga. Ini adalah antara permainan yang menarik bagi aku :

CRAZY SPIN


Sumber : GOOGLE

Jom mulakam dgn permainan yang paling sengit kat sini. Spin crazy adalah gergasi yg berpusing dengan 360 darjah di udara, lebih mencabar lagi, ianya akan berhenti beberapa saat di udara sebelum membuat ayunan ke bawah. So sebelum nk main korang perlu siapkan diri korang dgn keberanian yang secukupnya.


POWER SURGE
Sumber: GOOGLE

Power Surge juga berpusing seperti Spin crazy tapi lebih kepada arah putaran jam. Sedikit tips untuk main dua permainan ni, Sebelum main.. Jgn makan banyak!! 

DISCO


Disco adalah satu permainan yg kelihatan agak pelik, ianya seolah olah seperti cakera yang berpusing kedepan dan kebelakang. So belum cuma belum tahu.

MARRY GO ROUND


Arhh, permainan ni agak biasa.. tapi yang menariknya ialah lampu2 nya yang unik. So kalau nk gambar yang lawa boleh laa main bende ni ye. Hehehe

LOOP DE LOOP



So, loop de loop ni adalah permainan untuk kanak2. Permainan ni agak best kerana ianya akan membawa adik atau anak anda mengelilingi Eifel Tower huhuhu.

SKY TOWER


Cuba laa permainan klasik ni, dan bersiap sedia la untuk di jatuhkan dengan kelajuan yang pantas.

MUSIC EXPRESS


Walaupun permainan ni tak terlalu extreme tapi korang pasti teruja dengan kelajuannya.

BUMBPER BOSS


Tak sah kalau taman tema xde kereta langgar2 betul tak hehehe.

So untuk korang yang tak tahu nk kemana tu an. meh la ke Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highland ni. Harga pun berpatutan. 

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))