Pelajar Tahfiz Jadi Gamer ?

Haii assalammualaikum dan salam sejahtera . This is my first time menulis blog hahahaha ๐Ÿ˜‚ so entry pertama ni aku nak cerita tentang idola gamer aku , Mohd Faris bin Zakaria dengan in game name (ign),Soloz . Soloz ni idola aku dah lama, since dia daripada MyA . Tau tak soloz ni terkenal sebab apa ? Meh aku perkenalkan Raja Streamer Malaysia .

(Source : Facebook Soloz)
Soloz ni mula terkenal sebab main game Mobile Legends: Bang Bang dari mula keluar game ni lagi . So soloz ni kira veteran la jugak . Permulaan career dia sebelum jadi gamer tetap ni , dia actually dah habis diploma , diploma in Computer Networking. Time tu dia baru berjinak jinak main game dekat handphone . Lepas sekian berbincang dengan family , dia tekad ingin menyambung pekerjaannya sebagai gamer tetap biarpun mendapat tentangan dari keluarganya . Namun , dia tetap dengan pendiriannya "Di mana mana ada rezeki , kita yang usaha untuk mendapatkannya." Kata beliau yang mendapat didikan tahfiz sebelum menyambung diplomanya . Soloz memulakan career sebagai role assassin , di Mysterious Assassin (MyA) . MyA banyak mendidik dia dan berjaya merangkul pelbagai pertandingan yang diadakan di Malaysia. Namun , MyA sering tidak bernasib baik akibat daripada salah satu pasukan Malaysia yang terkuat ketika itu , yakni Team Saiyan . 
(Source : Google)
Haa inilah team Saiyan ! Ada nampak soloz dalam tu ? Haa alkisahnya soloz 'dibeli' untuk masuk ke Team Saiyan kerana performance-nya yang hebat ! Nak dijadikan cerita , pasukan lama Soloz ,MyA sering berjumpa Team Saiyan di pelbagai series pertandingan Mobile Legend dan pasukan Soloz kalah berkali kali. Namun, dengan keazaman yang tinggi , Soloz diserap ke Team Saiyan . Image result for soloz
(Source : Google)
Apa perbezaan Team Saiyan , dengan Air Asia Saiyan (ASYN) ? Perbezaannya tidak banyak , di mana Team Saiyan mendapat sponsorship daripada syarikat penerbangan Malaysia , iaitu Air Asia . Sebelum kemasukan Soloz di Air Asia Saiyan , pasukan ini telahpun memenangi pelbagai kejuaraan , dan ASYN semakin mengganas apabila Soloz tiba dengan menempa nama di Asia Tenggara .
Image result for soloz mustang
(Source : Google)
Tidak lama kemudian , rakan baik Solo, Daddy Hood(bukan nama sebenar) dan beberapa Player Air Asia Saiyan menubuhkan pasukan dan gaming house mereka sendiri iaitu Team Bosskur Gaming ! Ini merupakan platform terakhir Soloz sebelum dia mengundurkan diri daripada menjadi pemain professional kepada Streamer di Facebook kerana Soloz sedar , keberadaan rakan-rakannya mampu membawa Team Bosskur jauh , dan dia undurkan diri sebagai streamer . Gambar di atas ialah di mana Soloz berjaya membeli sebuah kereta iaitu Ford Mustang Shelby GT500 ! Soloz juga dikenali sebagai raja streamer Malaysia oleh streamer-streamer lain . Itu sahaja nukilan pada kali ini , di mana kita perlu menerima kenyataan bahawa rezeki manusia ada di mana mana , sekian sahaja daripada saya , terima kasih !

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Trans Studio Bandung (Part 3)