RUMAH USANG BERHANTU
Assalamualaikum guys semoga hari nie lebih ceria daripada hari sebelumnya. So hari nie guys aku nak share sikit tentang kisah seram yang aku sendiri alami masa aku ikut sebuah program. Aku taknak takutkan korang sebenarnya, just nak share je pengalaman aku kot2 korang boleh jadikan tauladan dan korang bole aware pada masa akan datang.
sumber:google(bukan gambar sebenar)
Aku ada join satu program jati diri anjuran sekolah aku sebab masa tu jawatan aku kat sekolah merupakan pengerusi mpp. So aku memang wajib join lah sebab aku yang kena conduct budak2 mpp yang lain. So aku pergi ke kem tersebut dan aku tiba di sebuah kawasan hutan lama di area kem askar lama. Masa aku sampai tu terus aku teringat cite kawan aku tentang tempat nie. Masa turun bas, aku ada terasa sedikit tak sedap badan. Lepas tu aku terus pergi berkumpul dengan yang lain macam dalam gambar yang korang nampak tu. Abang2 yang conduct kem nie terus bagi briefing kat kitaorg.
sumber:google
Time tu aku kena gerak ke tempat perkhemahan kitaorg kat atas bukit. So masa aku naik bukit tu, aku ternampak ada sebuah rumah usang lama yang terletak dekat hujung bukit. Rumah tu memang lama gila, dah la usang pastu creepy pulak tu. Rasa ingin tahu aku pasal rumah mula timbul sebab masa aku tanya abang2 tu,dorang cakap tu bekas rumah wanita yang mati kena bunuh dengan kawan sendiri sebab dorang suka lelaki yang sama. So aku berniat nak selidik dalam rumah tu, kira aku nie acah2 berani lah sikit kan.
sumber:google
Pada waktu malam selepas aktiviti berakhir, aku pun curi2 keluar dengan member aku sorang nie nama dia Rul. Dia nie sama macam aku jugak, suka selidik benda yang bukan2 nie. So, kitaorg decide utk pergi ke rumah tersebut utk melihat sekitar dalam rumah kot2 kitaorg bole jumpa barang2 yang berharga. Masa nak gerak tu, aku dah mula rasa seram sejuk, bulu roma ngan tengkuk dah kembang semacam. Aku cakap ngan Rul utk stop tapi dia macam biasa akan tolak apa yang aku suruh. So aku teruskan jelah benda nie. Masa sampai kat dalam rumah, aku ngan Rul pun mula lah masuk ke dalam rumah tu.
sumber:google
Masa aku sampai kat ruang tamu rumah tu, aku ternampak ada seorang wanita berbaju lusuh dan berdarah sedang memegang pisau. Punyalah masa tu jantung aku rasa macam nak tercabut pastu aku rasa macam nak pengsan. Masa tu Rul lari tinggal kan aku sorang2 sebab masa tu aku terkaku dan rasa macam aku di tahan oleh sesuatu. Perempuan yang pegang pisau tu gelak sambil dekat dengan aku. Masa tu aku terus nangis dan jatuh pengsan. Pada waktu pagi, abang2 yang urus kem jumpa aku kat rumah tu sebab Rul yang bagitau dorang. Alhamdulillah takde jadi apa2 kat aku tapi aku terkena trauma selama 1 minggu di mana aku langsung tak bercakap ngan sesape. So dari situ aku mula rasa menyesal dan takkan lagi jadi takbur. So aku harap dengan cite nie dapat mengingatkan korang bahawa benda2 nie wujud dan kita jangan sesekali ganggu dorang. Ok sini je cite aku jumpa lagi bye.
Comments
Post a Comment