CINTA YANG PERGI UNTUK SI BIDADARI
Hi guys, Apa khabar semua.👋
Hari ini aku nak kongsikan kisah cinta aku dengan korang semua. Sebelum itu, aku guna bahasa melayu untuk blog ni sebab senang sikit aku nak luah ape yang aku rasa sepanjang cinta aku bersama si bidadari itu.👸
Okay guys, aku cuma nak kongsi jer dengan korang kisah cinta aku yang kian berlalu. Untuk pengetahuan korang kenapa nama tajuk dia "cinta yang pergi untuk si bidadari" nanti aku akan bagitau korang. So, kiter chill" jer lahh dulu okay👌.
Kisah cinta aku bermula apabila di zaman persekolahan menengah lagi. Pada waktu itu aku dan si dia kenal rapat masa tingkatan lima lagi dan kiteorang lain kelas. Si dia nii dia satu kelas dengan kawan baik aku so aku pon tak berape kenal dia sangat. Apabila SPM dah makin dekat so member aku sorang nii dia ajak aku 'studygroup' kat KFC . Aku pon ikot jer lahh sebab okay jugak boleh lah belajar mana yang subjek kurang faham. Kemudian, biler sampai jer sana aku pon ternampaklah Si dia masa aku tengok dia pertama kali aku mule tanya diri aku ,Adakah ini cinta pandang pertama? aku pon tertanya-tanya, Wahai bidadari sudikah engkau menerima cintaku kepadamu?hati aku mula-mula pada awalnya berdebar-debar apabila melihat Si dia senyum dekat aku. Masa tuu aku terus tukar niat dari nak 'studygroup' terus kekal melihat wajah ayu Si dia dengan senyuman manisnya, gelak tawanya yang menawan telah membuatku tergoda dengannya. Dan keesokan harinya, aku pon luahkan perasaanku dengan Si dia dekat kawan baikku. Dia pon sama-sama nak tolong aku untuk mendapatkan hatinya. Aku pon rancang dengan kawan aku untuk buat 'studygroup' lagi bersama Si dia. Kiteorang buat study group setiap hujung minggu dalam tiga hari seminggu. Dan disitulah aku semakin rapat dengannya. Aku mula jatuh cinta dekat dia dan dia pon mula menerimaku sebagai buah hatinya. Semakin hari aku luangkan masa dengannya rasa sayang , cinta, yang kuat ini telah menjeratkan hatiku dengannya. Dan aku tertanya-tanya,Adakah ini jodohku?.
Pada waktu ni, saat aku meluangkan masa dengannya rindu ku dengannya sangat menghantui diriku. Aku cuba kurangkan perhatianku dekatnya malah ia lagi menyakiti diriku. Kadang-kadang aku rasa bersyukur sebab dikurniakan cinta sejati untuk aku. Semakin hari aku mula risau tentang dia aku sangat mengambil berat pasal dia. Dan demi untuk mengeratkan lagi hubunganku dengan Si bidadari ni aku pon mula merapatkan hubungan dengan kedua ibu bapanya. Pada awalnya aku masih ragu-ragu untuk mengenali ibu bapanya kerana wajah bapanya yang begitu garang dan ibunya yang kuat bergurau. Tapi setelah mengenalnya perasaan yang ku fikirkan selama ni adalah silap kerana ibunya sangat baik walaupon aku tau aku banyak kali jadi mangsa gurauan ibunya😅😂. Hubungan ibu bapanya yang semakin mesra denganku telah diberikan keizinan untukku membawa dia keluar jalan-jalan.
Aku turut gembira dapat membahagiakan Si bidadariku . Saat melihat gelak tawanya yang menawan aku pon tertawa sekali . Aku rase bersyukur diberi peluang untuk meluangkan masa dengannya . Dan kadangkala aku mule terpikir yang kemungkinan waktu akan berubah. Mungkin lepasni kiter dah tak dapat luangkan masa macam ni lagi dan mungkin lepasni kiter semakin sibuk untuk mengejar cita-cita masing-masing. 💕💗
Pada masa ni, aku pernah cakap kat Si bidadari ni yang aku akan bagi segala cinta, sayang dan hatiku untuknya. Dan aku berjanji dengannya aku akan menjaganya sampai akhir hayat aku juga berjanji untuk pertahankan cinta kita walau apa pon yang terjadi. Namun, setelah Si bidadari meninggalkan aku untuk menyambung pengajian di Kuala Lumpur. Cinta aku dengan Si bidadari ini semakin mencabar kerana tempat dan jarak dia denganku boleh dikatakan agak jauh. Walaupon, jarak memisahkan kita tetapi hubunganku dengannya tetap sama seperti sebelumnya. Setiap hari aku "whatsapp" dia dan kiteorang "oncall" hampir setiap malam. Sepanjang aku berada di tempat pengajianku(ALAM) aku memberitahunya yang aku sangat merinduinya. Dan dia pon berkata dia sangat merinduiku. Aku cuba untuk cari peluang untuk berjumpa Si bidadariku.
source myself |
Pada waktu ni, saat aku meluangkan masa dengannya rindu ku dengannya sangat menghantui diriku. Aku cuba kurangkan perhatianku dekatnya malah ia lagi menyakiti diriku. Kadang-kadang aku rasa bersyukur sebab dikurniakan cinta sejati untuk aku. Semakin hari aku mula risau tentang dia aku sangat mengambil berat pasal dia. Dan demi untuk mengeratkan lagi hubunganku dengan Si bidadari ni aku pon mula merapatkan hubungan dengan kedua ibu bapanya. Pada awalnya aku masih ragu-ragu untuk mengenali ibu bapanya kerana wajah bapanya yang begitu garang dan ibunya yang kuat bergurau. Tapi setelah mengenalnya perasaan yang ku fikirkan selama ni adalah silap kerana ibunya sangat baik walaupon aku tau aku banyak kali jadi mangsa gurauan ibunya😅😂. Hubungan ibu bapanya yang semakin mesra denganku telah diberikan keizinan untukku membawa dia keluar jalan-jalan.
source myself |
Aku turut gembira dapat membahagiakan Si bidadariku . Saat melihat gelak tawanya yang menawan aku pon tertawa sekali . Aku rase bersyukur diberi peluang untuk meluangkan masa dengannya . Dan kadangkala aku mule terpikir yang kemungkinan waktu akan berubah. Mungkin lepasni kiter dah tak dapat luangkan masa macam ni lagi dan mungkin lepasni kiter semakin sibuk untuk mengejar cita-cita masing-masing. 💕💗
source myself |
source myself |
Setelah sekian lama tak jumpa aku pon cuba untuk meluangkan masa yang begitu berharga padaku dengannya. Dan hari itu adalah hari paling bermakna buatku. Cinta dan sayang aku untuk Si bidadari ni hanya tuhan saja yang tahu. Aku ponye satu impian dalam diriku. Impian aku adalah semoga suatu hari aku dapat menghalalkannya. Aku tak peduli apa orang kata sebab orang hanya tahu menilai. Tetapi dia tak tahu kenapa Si bidadari ni begitu penting bagiku. Si bidadari ni sangat penting bagiku kerana dia ada masa susah senangku, masa aku memerlukan seseorang untuk memahamiku , masa aku berputus asa dengan diriku sendiri dan dialah yang membangkitkan semangatku semula. Dia mengajar aku erti setia, dia ajar aku erti cinta yang sebenar, dan dia ajar aku erti menghargai seseorang. Walaupon aku tau kadangkala aku selalu menyakiti hatinya tapi dia tak pernah berputus asa mencintaiku.
Setelah sekian lama dan sekarang aku nak bagitau korang tentang maksud "cinta yang pergi untuk si bidadari". Walaubagaimanapon, kita sebagai manusia takkan boleh lari dari ujian tuhan. Mungkin cinta yang pergi untuk Si bidadari ini tak terlalu kuat untuknya. Dan mungkin diriku sebagai manusia yang belum cukup sempurna untuknya. Si bidadari ni pun berlalu pergi dari cintaku.Cintaku dan dia hanyalah buat sementara sahaja. Aku tau ia sesuatu yang sangat menyakitkan. Dan aku masih merasakannya sehingga kini. Namun, aku hanya berdoa pada tuhan agar semua dipermudahkan dan diberi kebahagiaan untuknya. Aku berdoa kepada tuhan untuk memulihkan hatiku yang sakit teramat. Kenangan manis dan pahit bersamanya tak dapat kulupakan. Maaf dariku dan aku memang tak sempurna untuk sesiapa😌. Hanya untuk sampaikan pengajaran dari kisahku untuk semua pembaca. Yang pertama, jika cinta kamu tak kuat untuknya kamu haruslah bersikap jujur. Seterusnya, jika ego kamu melebihi dia kamu haruslah bersikap prihatin terhadapnya kerana dia seorang yang lemah jadi berikanlah dia semangat. Biar diri kamu tersiksa tapi jangan biar dia tersakiti. Sakit? itu perkara biasa. Kerana cinta tidak semestinya bermula dengan manis dan berakhir dengan manis. Cinta juga mengajar kita banyak perkara. Cinta juga akan melalui titik pahit bila bersama dengan dia. Sebagai seorang lelaki biarlah kita menangis untuk dia tetapi jangan sesekali membuatkan dia menangis untuk kita. Tunjukkan usaha untuk dia dalam setiap keadaan. Dan aku berharap sangat untuk korang supaya hargai dia sebelum dia dihargai orang lain. Hargai dia sebanyak mana yang kau boleh bagi untuk dia. Jangan selalu buat dia tersakiti😌. Sekali dia dah tawar hati untuk kau dia takkan terima kau lagi😔. Aku harap kepada semua pembaca dapat ambil pengajran dari kisah cinta aku dan jadikan sebagai pembakar semangat korang semua😊.
Aku cuma nak ucapkan terima kasih untuk korang yang sudi baca atau hanya buka sahaja tapi tak baca tentang kisah cinta aku. Itu sahaja yang dapat aku kongsikan untuk korang dan tunggu untuk blog aku yang seterusnya. Dan aku ada satu impian dalam diri aku. Impian diri aku adalah andaikata aku dapat putarkan balik masa untuk menawan hati Si bidadari semula aku janji takkan sia-siakan peluang tu dan aku percaya pada "Cinta yang Abadi" aku untuknya😉😊💞💗.
Comments
Post a Comment