Posts

Showing posts with the label Amir Fadzli

Buah buahan

Image
Dalam bidang pertanian, buah merupakan ovari yang telah masak, bersama-sama dengan bijinya dari sesebuah pokok yang berbunga. Namun, apabila berkata tentang buah, dari segi masakan, yang dimaksudkan dengan buah ialah hasil daripada pokok-pokok yang boleh dimakan begitu sahaja. Akan tetapi, sebahagian daripada buah-buahan juga yapa sebagai sayur-sayuran.Kebanyakan buah mengandungi air. Buah juga mempunyai serat makanan pada kulit, benih, dan bagian berserat. Biasanya buah juga mengandung besi dan gula, serta sedikit protein dan lemak. Khasiat Sunting Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut: Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti.  Kesegaran buah. Buah muda, ranum atau terlalu ranum. Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok. Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak m...

Honda

Image
Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan  dan pengeluaran motosikal . Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda  yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II  di mana petrol  sukar diperolehi dan pengangkutan awam  sangat tidak efisien akibat peperangan . Honda pernah mengeluarkan bahan bakar  sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus . kereta  pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963 , iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia. Syarikat ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia sejak 1959  dengan capaian pengilangan sebanyak 400 unit hujung tahun 2019,  serta pengeluar enjin pembakaran  terbesar ikut perkiraan dengan lebih 14 juta unit setahun. Honda tidak sahaja menjadi pengeluar automobil kedu...

Adidas

Image
Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di kawasan cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana tingginya kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya bisnes kecil-kecilan tersebut mula membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan “Dassler Brothers OGH” Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengilang kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Sukan Olimpik. Puncak kegemilangan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan menggunakankasut buatan Dassler. Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut ‘Puma’ sedangkan Adi membuat jenama ‘Adidas.’ Pengambilan nama Adidas b...

Allblack ragbi

Image
LONDON : New Zealand mengukuhkan reputasi sebagai kuasa besar ragbi, apabila mencipta sejarah menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mengekalkan kejuaraan Piala Dunia untuk dua edisi berturut. All Blacks menyingkirkan cabaran Australia 34-17 untuk bergelar juara. Turun selaku juara bertahan, New Zealand bagaimanapun tidak memandang rendah keupayaan The Wallabies di bawah kendalian Michael Cheika itu, yang mana turut mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan sepanjang kejohanan. Tujuh minit sebaik perlawanan bermula, All Blacks peroleh mata pertama mereka menerusi penalti Daniel Carter, namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila Bernard Foley menyamakan kedudukan 3-3 enam minit selepas itu.  All Blacks terus perkemaskan corak dengan menambah mata menerusi dua penalti Carter.  Percubaan daripada Nehe Milner-Skudder dan dilengkapkan dengan conversion Carter melebarkan kedudukan kepada 16-3 menuju babak kedua.  Dengan hanya seminit selepas rehat, New ...

Anime one punch man

Image
One Punch-Man  , ("Lelaki Satu Penumbuk") ialah sebuah komik web  karya one . Manga ini kemudian dilukis semula oleh  Yūsuke Murata . Ia telah diadaptasikan kepada anime pada tahun 2015. Manga ini mengisahkan seorang adiwira suka-suka bernama Saitama yang mampu menumpaskan musuh dengan satu tumbukan sahaja. Saitama, seorang adiwira dengan kuasa penumbukan luar biasa sering mengalahkan musuh-musuhnya dengan mudah sehingga dia agak muak dengan kuasanya. Saat dia berkenalan dengan seorang siborg bernama Genos yang membawanya kepada suatu persatuan adiwira. Kedua-dua mereka mula mengalamuiujian sebenar mereka apabila persatuan ini dtugaskan melindungi Bumi daripada serangan makhluk asing. Barisan watak Saitama  - seorang berusia 26 tahun yang menjadi adiwira kerana suka-suka sejak mengalahkan suatu raksasa, beliau menjalani suatu rutin senaman hebat yang memberikan dia kekuatan fizikal luar biasa termasuk mengala...

Tempat menarik di Melaka

Image
Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah serta keunikan struktur binaan bangunannya. Hari ini kita lihat semua destinasi percutian popular seperti penginapan, tempat shopping, hiburan keluarga, tempat makan, medan ikan bakar dan sebagainya yang boleh anda lawati kalau anda merancang bercuti di Melaka Negeri Bersejarah. Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya di samping mempunyai campuran budaya-budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan ataupun Baba & Nyonya. Destinasi yang ideal di Melaka untuk anda kunjungi bersama keluarga atau kawan-kawan yang sukakan cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal & mental. Ada beberapa pilihan trek perjalanan yang berbeza cabara...

Tempat menarik di Johor

Image
Johor adalah negeri paling selatan di semenanjung Malaysia dan paling dekat dengan negara jiran kita, Singapura. Berkongsi maritim yang sama dengan Singapura dan dengan ekonomi pelancongan yang berkembang pesat, ia adalah semula jadi di mana Johor mempunyai begitu banyak untuk ditawarkan dari segi membeli-belah, taman tema, pantai bersih dan banyak lagi. Dengan begitu banyak tempat untuk dilawati, berikut adalah senarai tempat-tempat menarik di Johor yang perlu anda kunjungi. Tropical Village Ayer Hitam adalah taman hiburan miniatur untuk dikunjungi bersama keluarga dan anak-anak. Terletak di tanah yang seluas 32 ekar, anda akan menemui banyak replika bangunan seperti Patung Liberty, Menara Eiffel dan Taj Mahal, hanya untuk menamakan beberapa. Selain itu, jangan melepaskan peluang untuk melawat Rumah Berhantu, Rumah Gelas dan Kereta Api Dinosaur semasa anda berada di sini. Hutan Lipur Soga Perdana adalah hutan riadah yang terbaik untuk aktiviti seperti merentas ...

Anime kegemaran saya

Image
Anime yang saya minat adalah cerita Naruto.  Uzumaki Naruto    merupakan satu watak fiksyen  dalam anime  dan manga naruto , yang dihasilkan oleh Masashi kishimoto . Eponim  bagi nama protagonis  siri, dia merupakan seorang ninja  daripada kampung fiksyen Konohagakure. Penduduk kampung mengejek Naruto berdasarkan pemilikannya terhadap syaitan musang berekor sembilan. M akhluk jahat yang menyerang Konohagakure dan terkurung dalam tubuhnya, walau bagaimanapun, dia bercita-cita untuk menjadi pemimpin kampung, Hokage . Keperibadiannya yang optimis dan penuh perhatian membolehkannya berteman dengan ninja Konohagakure yang lain, serta ninja dari kampung lain. Naruto muncul dalam 'siri' filem dan media lain yang berkaitan dengan francais, termasuk permainan video dan animasi video original (OVA), serta Boruta the next generation  dimana anaknya, Boruto uzumaki, adalah protagonis ...

Makanan di Muar

Image
MUAR  merupakan salah satu bandar tertua di Johor yang terletak di Kuala Sungai Muar bersempadan dengan Negeri Melaka. Nama lain bandar ini adalah Bandar Maharani dimana di daerah inilah saya dilahirkan, bersekolah dan juga pernah bertugas selama 5 tahun lamanya. Rasanya tidak  perlu mengambil masa yang terlalu lama bagi kita untuk mencintai persekitaran Bandar Muar. Penduduknya yang berbilang kaum atau keturunan akan melayan tetamu dari luar yang datang bertandang sungguh memukau. Rasanya d engan rasa senang hati, ramai individu yang anda hampiri akan memberi panduan dimana juga destinasi yang wajib dikunjungi oleh seorang yang mengembara. Melalui Jambatan Sultan Ismail yang dibina lama dahulu menuju ke bandar Muar,  anda seolah-olah akan kembali ke zaman kolonial. Semua itu dapat dilihat daripada bangunan-bangunan klasik yang mendominasi bandar Muar. Artikel petang 23 ogos 2020 ini saya menulis dalam   blog  mengenai kehebatan Muar sebagai salah satu dari...

Gunung Ledang

Image
Gunung Ledang  (juga dikenali sebagai  Mount Ophir ) merupakan sebuah gunung  yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia  Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka . Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakan gunung  yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia . Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka  dan Sumatera, Malaysia  dengan jelas. Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies  tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia  ini. Ia mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit  dan hutan dipterokarp . Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM  ...

Tempat menarik di Muar

Image
Muar merupakan daerah kedua terbesar di utara Johor. Di anugerahkan dengan gelaran Bandar Diraja pada tahun 2012 cukup membuktikan bahawa ia sebuah pekan istimewa yang wajib dikunjungi.  Dihiasi dengan landskap yang cukup indah terutamanya di perairan Pantai Leka dan juga Gunung Ledang menjadikan ia tumpuan utama bagi percutian di musim cuti sekolah dan juga cuti umum. Bukan itu sahaja, Muar turut cukup terkenal sebagai lubuk makanan di kalangan masyarakat Johor dan juga Singapura. Sebut saja makanan apa yang terlintas di fikiran semuanya mudah didapati di sini. Untuk anda  food hunter inilah tempat yang paling sesuai untuk diterokai! Nikmatilah kelazatan dan keunikan masakan di sini sehingga puas. Jadi, jangan lupa masukkan Muar sebagai lokasi wajib dalam list anda ye! Bagi yang belum pernah ke Muar, jadikan musim cuti sekolah ini sebagai percutian yang akan diingati sampai bila-bila dengan membawa keluarga anda bercuti ke Muar untuk menikmati sendiri ...

Mobile legend

Image
MOBILE LEGEND: (sering disingkatkan sebagai  Mobile Legends ,  MLBB atau  ML ) merupakan sebuah permainan telefon pintar RPG  yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton. Permainan ini diterbitkan buat pertama kalinya di China untuk sistem Android  pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk ios  di seluruh dunia pada 9 November 2016. Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent. Syarikat ini juga telah membangunkan sebuah lagi permainan yang bergenre Arked iaitu mobile Legend Permainan ini telah menjadi popular di Asia Tenggara  (SEA), di mana ia merupakan aplikasi permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun dalam kalangan pengguna iphone  pada 2017. Permainan ini saya turut main ketika waktu lapang. Permainan ini amat menyeronokkan. 

PUBG mobile

Image
Kalau dulu orang muda gilakan Clash of Clans, lain pula kini apabila permainan tembak-menembak paling popular di PC, PlayerUnknown’s Battlegrounds akhirnya dilancarkan secara rasmi di peranti pintar. Dibangunkan oleh pembangun dari China, Tencent, ‘game’ bernama PUBG Mobile itu bukan saja lancar tapi juga menggunakan elemen yang sama di PC. Ia berjaya memasukkan semua ciri di PC dalam skrin sentuh. Anda boleh sambungkan akaun ke Facebook untuk mencari lebih ramai rakan dengan cepat. Selain itu terdapat ganjaran harian apabila anda log masuk ke dalam permainan. Walaupun tidak boleh menandingi versi di PC yang lebih lengkap, PUBG Mobile memberi akses kepada sesiapa saja yang tidak mampu membeli PC di rumah untuk bermain di mana saja tanpa mengira waktu dan tempat.

Aktiviti semasa PKP

Image
Asalammualaikum dan salam sejahtera, saya akan membuat blog tentang aktiviti-aktiviti semasa PKP. Aktiviti yang pertama, kita bole masak bersama-sama keluarga. Aktiviti ini bole mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga yang lain. Selain itu, kita bole melakukan aktiviti mengemas rumah. Aktiviti ini bole menyihatkan tubuh badan kita. Kita juga bole membersihkan rumah kita. Ini sangat membantu untuk merapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang lain.  Berikut merupakan contoh aktiviti yang bole kita lakukan semasa PKP

Tentang saya

Image
Asalammualaikum dan salam sejahtera, nama saya Muhammad Amir Fadzli Bin Muhammad Rizal Selvam.Blog pertama saya ini, saya akan menceritakan tentang diri saya.  Saya berumur 19 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Penawar, Pasir Gudang. Saya berasal dari Muar, Johor.Saya tinggal di Kampung kenangan datuk abdullah jaafar. Di dalam keluarga, saya merupakan anak ketiga dari empat adik beradik. Saya merupakan seorang anak lelaki dalam keluarga saya. Saya mempunyai dua orang kakak dan seorang adik perempuan dalam keluarga.  Ayah saya bernama Muhammad Rizal Selvam Bin Abdullah. Ibu saya pula bernama Rohana Binti Abdul Rahman. Saya sayang semua ahli keluarga saya.