Cinta Yang Terhalang.

Bismillah.. 
Jangan lupa sediakan tisu ye! 


Setiap orang mempunyai kisah hidup yang berbeza, mahupun pahit, manis dan suka duka. Setiap org juga.. mempunyai kisah cinta yg berbeza. Orang kata.. Cinta monyet ni tak bawa ke mana. Namun hakikatnya kalau dah jodoh tak kemana. Tak kesah laa cinta monyet ke.. Cinta buaya kee jodoh itu semuanya di tangan Tuhan.

Hari ini aku ingin menceritakan kisah cinta aku yg masih tiada penghujungnya...
Pada awal perkenalan kira2 sekitar 2014 yang lalu. Jika tidak silap aku ketika itu aku sedang menonton rancangan kegemaran ku iaitu Spongebob Squarepants. Sudah pasti rancangan ini merupakan suatu rancangan yg menjadi kegilaan kanak2 suatu ketika dahulu malah sehingga kini, masih ramai yang meminatinya.

Ketika sedang asyik menonton rancangan kegemaran ku.. Telefon ku yang terletak di atas meja berdering secara tiba2. Lantas aku bangun dari sofa dan menyahut panggilan itu. Nombor yang tidak kenali, namun aku tetap menyahut panggilan nya. "Hello cap boleh teman aku tak pergi kedai moto. Moto aku ada masalah sikit ni". Mcm ku kenal suaranya namun masih lagi kebingungan.
Lalu aku pun menjawab "Ehh boleh je tapi sapa ni? ". Dgn pantas dia menjawab " laa ni aku laa Nabil aku guna nombor baru ni".

Ni laa Nabil! 

Tanpa berfikir panjang aku pun mula menyiapkan diri untuk keluar. Tidak beberapa lama kemudian, Nabil pun tiba dihadapan rumah ku. Dia terus membawa ku ke kedai moto yang berhampiran dgn rumah nya. (Die ni memang bermasalah sikit, sikit2 mesti nak kene teman tak paham aku. Eh okay jom sambung).

Sumber : Google

Ketika Nabil sedang memilih barang yg di perlukan, aku terpandang si "Dia". Berdegup jantung ku seolah olah tiada hari esok. Berwajah putih kemerah merahan... Bermata bulat ke ayuan. Terdetik dihatiku.." Wah, adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama." bertambah laju hatiku berdegup...
Setelah si "Dia" menyedari aku melihatnya. Lalu si "Dia" membalas dgn senyuman dan pandangannya yg sangat ayu.. lagi membuat aku terjatuh hati. Berputik perasan rasa sayang terhadap si "Dia" yg selama ini tidak pernah ku rasakan.

Perasaan "curious" mula terdetik.. melihat si "Dia" dari tadi yg berada di dalam kedai. Aku pun mula menanyakan kepada salah seorang pekerja kedai tersebut. Rupa2nya si "Dia" merupakan "anak" tauke kepada pemilik kedai tersebut. Pekerja itu pon memberitahu aku yang si "Dia" ni sangat laa baik, dengar cakap dan mudah di jaga.

Tanpa rasa segan silu aku pun mula mendekatinya. Dan menyapa "Suatu hari nanti pasti aku akan datang kembali untuk membawa balik kau". Sejak hari itu aku mula berhasrat untuk mengumpul duit untuk meminang si "Dia" iaitu motor CBR 250 suatu hari nanti. Semoga cinta pandangan pertama aku ini. Menjadi cinta yang terakhir suatu hari nanti.

Sumber : Google

Haa.. Torkono? Hahaha Terima kasih kerana sudi membaca kisah cinta aku ini and jangan marah2 okiee. Hehehe. Xkan nk
Kene sorang meh lerr sharee!!.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))