Manusia Yang Tiada Kepala

AMARAN : IBU MENGANDUNG ATAU SESIAPA YANG LEMAH SEMANGAT DINASIHATI UNTUK TIDAK MEMBACA BLOG INI BERSEORANGAN , TAKUT ADA YANG TEMAN ANDA TANPA SENGAJA 

(kita kasi fun-fun dulu)

Assalamualaikum guys ! Semoga anda yang membaca blog ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah perlindunganNya. Sebelum kita pergi lebih jauh, make sure korang semua duduk dalam rumah diam-diam , jangan merayau dan buat apa yang patut contohnya baca blog ni. Kalini saya akan ceritakan sikit pengalaman seram saya , actually banyak cerita seram yang saya hadapi tapi this is one of the scariest moment in my life. Sudah pasti semua orang ada kisah seram masing-masing dan ada jugak yang takde langsung. Orang kata 'rezeki' kalau kita berjumpa atau berhadapan dengan hantu ni sebab mereka ni makhluk ghaib dan susah nak nampak. Dan ada jugak manusia yg Tuhan kurniakan sixth sense atau deria keenam dimana mereka ni boleh lihat makhluk-makhluk yang ghaib ni (diorang dikira special la). So, bismillahirrahmanirrahim , ceritanya bermula apabila aku dan kawan-kawan pergi bercuti di satu tempat peranginan yg sangat terkenal ( aku taknak mention nama tempat) selepas peperiksaan SPM. Kami tak ramai dalam 10 orang yg join trip tu. Kami pergi naik dua kereta , satu Myvi dan satu lagi Myvi jugak (beza warna je hahaha). 



( Lebuhraya Karak )

Siapa je kan tak kenal Lebuhraya Karak ? Lebuhraya yang penuh dengan kisah seram contohnya mcm kereta Volkswagen kuning , dan banyak lagi based on filem Karak. Sebelum kami bergerak ke destinasi, kawan saya Ali ( bukan nama sebenar) aka driver kami, dia ada bagitau yang kami semua kena lalu Lebuhraya Karak untuk sampai ke destinasi. Bukan takde jalan lain, tapi kalau boleh kami nak cepat sampai dan lagi satu kami ok je sebab kami ramai. Tanpa berfikir panjang , maka kami pun menuju ke Lebuhraya Karak dengan steady nya. Waktu tu dalam kol 9 malam dan ok lah tak malam sangat, kereta pun ade lah dalam satu dua ketul. Jam di tangan aku sudah menunjukkan pukul 10.15 malam dan kami baru nak masuk Lebuhraya Karak. Aku duduk di bahagian depan penumpang sebab aku ni jenis banyak borak so Ali takkan mengantuklah waktu drive. Ali ni memang pro lah bab-bab jalan ni , sebab tu kereta kawan kami lagi satu tak perlu bukak Waze pun and follow je Ali. Aku tengok belakang, kawan-kawan aku dah start terlentok kat bahu masing-masing. Jadinya, tinggal aku dengan Ali je lah yg masih hidup dalam kereta tu ( hahaha seram hanat). 

( Petronas Karak )

Punya rancak borak dengan si Ali ni, aku rasa cam nak buang air kecik sebab aku banyak minum air dalam kereta. So, before enter part-part jalan yg seram kat Karak ni, better buang segala benda dulu sebelum kereta anda terberhenti kat tengah-tengah jalan. Guys waktu nilah guys aku jumpa benda tu !. Aku tanya Ali, nak ikut sekali tak pergi tandas and then dia kata takpelah. Sokay aku boleh pergi sendiri. Dalam perjalanan nak pergi tandas, sumpah aku rasa bulu roma aku meremang lain mcm. Aku usha sekeliling ok je. Tetiba , baru aku nak step masuk je dalam tandas, aku nampak sorang kanak-kanak perempuan bersebelahan dengan sorang kanak-kanak laki. Kepala mereka berdua tak bersambung dengan leher mereka , tangan mereka dikerat begitu juga dengan kaki mereka. Seram tak ? Tambah lagi diorang ni takde muka hanat !! Oh my god, waktu tu aku mcm dah hilang separuh nyawa aku but, aku ingat kata-kata mak ayah aku, kalau nampak benda-benda mcm ni, jangan takut, baca ayat Kursi ke. Aku waktu tu dah mcm tak ingat apa-apa, so aku baca doa masuk tandas. Alhamdulillah, doa ku mujarab dan benda tu tak ikut aku. Dia stay je depan pintu tandas sampai aku habis buang air.

( celaka betul budak-budak ni)

So gais, amacam seram tak seram cita saya ni ? Sejak haritu, saya dah tak takut lagi dengan budak-budak ni. Yeahhh thats all for this blog. Thank you for sharing yr time for read my blog. Jangan marah-marah naa :)











Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))