Luar Gelanggang Kita Kawan , Dalam Gelanggang Kita Lawan

Assalamualaikum !

( gambar hiasan )


Semoga anda semua yang baca blog ni sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan seharian. So untuk entry kalini kita lari jauh sikit ke topik sukan dan sukan yang aku nak ceritakan kalini ialah badminton. Well badminton adalah sukan utama dan favourite aku since aku sekolah rendah lagi. Ini tak bermaksud aku hanya main sukan ni je , sukan lain main jugak cuma tak more ke situ la ( paham tak ?! ) . Kisahnya bermula macam ni , pada suatu hari ( bayangkan ) , waktu tu aku darjah 4 and cikgu ada buat satu tournament badminton dekat sekolah. And then aku pun try masuk tournament tu sebab nak cuba nasib. Lawan punya lawan akhirnya aku dapat nombor 4 untuk kategori single lelaki , peh dahlah lawan atas tar sebab takde court tu yang tak juara tu hehehe. For those yang dapat nombor 1, 2 dan 3 , cikgu aku ( cikgu Rashid aka coach akademi badminton ) dia offer mereka ni untuk join akademi badminton ( shit betul ) . So aku pun macam tak kesah lah sebab aku pun taktau yang dia nak offer benda tu dekat budak yang dapat top 3. Satu harini , tetiba cikgu Rashid panggil aku kat surau sekolah, waktu tu aku dah nampak dah budak-budak yang top 3 ni ada sekali ( huhu rasa bangga sikit ) . Dan yup memang betul cikgu Rashid pun offer aku untuk masuk akademi badminton dan aku balik rumah aku terus tanya umi aku boleh tak nak join akademi tu.  



Image result for jsk badminton batu pahat
( yeahh ni dia akademi badminton JSK )

Yahoo umi aku bagi masuk !! Rasa excited nak mati hahaha , tapi first day aku kat akademi tu , cikgu Rashid ni suro aku berlatih serve je , peh sakit beb tulang belakang ni , sebabnya dia longgokkan banyak shuttle dalam satu kotak , pastu boleh pulak dia teraburkan camtu je kat lantai court , tu yang kene bonggok amik shuttle pastu serve and repeat. So itu first training aku kat situ dan kemudian barulah training dia dah mula tough. Before main , kami semua kena stretching, jogging and then ada footwork untuk kuatkan otot kaki. 

Image result for jsk badminton batu pahat
( court JSK )

Dalam dewan JSK ni besar , ada 7 court and then baru-baru ni dia dah renovate , dia buat satu lagi dewan badminton kat sebelah. Senang cite , setiap minggu akan ada training untuk powerkan lagi skill masing-masing. Sampailah satu harini, cikgu Rashid bagitau kami semua beberapa minggu lagi akan ada tournament badminton kategori single antara kelab atau akademi badminton. Aku rasa macam takut plus excited sebab this is my first tournament ( dekat luar pulak tu ). So first tournament ni diadakan di Dewan Badminton Parit Raja , Johor. Pada hari kejadian tu, umi aku ikut sekali untuk support aku. Pehhh takut beb dahlah ramai orang , rasa nervous tu makin meningkat. Tapi umi dengan cikgu Rashid selalu bagi kata-kata semangat kat aku , umi aku pon kata kalau kalah takpelah sebab ni first time aku join tournament hahaha. First game , aku jumpa tuan rumah , so opponent aku ni badan besar nak mati aku taktau ah dia makan apa ( ke aku yang kecik ? hahaha) dan akhirnya aku kalah dengan dia ( kalah mati ). Aku macam tak boleh terima kenyataan aku kalah mungkin sebab waktu tu aku tak matang lagi dan takde pengalaman. 

So aku move on and concentrate for the next tournament yang bakal diadakan di home sendiri iaitu Dewan Badminton JSK. Alhamdulillah , first game main di tempat sendiri membuahkan hasil bila aku tewaskan my opponent huhuhu. Macam biaso umi aku sentiasa ada dibelakang aku untuk bagi support. And then second game , aku jumpa clubmate aku sendiri. Aku dah dapat bau kekalahan sebab aku tau dia memang power dari aku. 

Dari situ aku mula belajar dan belajar , dan aku mula wakil sekolah masa darjah enam untuk kategori double pulak. Kemudian , waktu aku dah masuk asrama , aku dah tak selalu pergi training dekat JSK. Tapi, aku tak berhenti kat situ je, aku teruskan training dekat mrsm. Dan alhamdulillah sepanjang 5 tahun aku kat situ, setiap tahun aku wakil mrsm aku untuk pergi mana-mana tournament kecuali waktu form 1 lah sebab baru masuk. Berikut tournament yang aku masuk sepanjang kat mrsm pontian :

Form 2 : MSSD Badminton Pontian
               Kejohanan Badminton Piala Presiden MRSM Batu Pahat
               Sukan dan Permainan (SUPER) MRSM Batu Pahat

Form 3 : MSSD Badminton

Form 4 : Sukan dan Permainan (SUPER) MRSM Mersing
               Mini Sukan dan Permainan (SUPER) MRSM Pontian

Form 5 : MSSD Badminton Pontian

   ( mampu naib johan je )

( Another victory , No 4 ALAM Sport Month ! )


    ( paling takleh lupa dapat kalahkan ECSU ! )

Alhamdulillah atas semua kejayaan ni , sememangnya memberikan kenangan manis sepanjang hidup aku. So sampai sini jela dulu okey, wait for the next blog ! Terima kasih !


  










Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))