Doa Buat Guruku



Assalamualaikum !

So gais harini aku nak cerita sikit pasal seorang insan yang menjadi salah satu orang penting dalam hidup aku yang diberi nama Cikgu Murniazilla. Ya , beliau seorang guru dan mengajar subjek Bahasa Melayu di Maktab Rendah Sains Mara Tun Dr Ismail, Pontian , Johor iaitu tempat jatuh bangun aku sebagai seorang pelajar di situ. Siapa je kan yang tak rindu zaman persekolahan yang pastinya memberi seribu satu kenangan dan memori bersama kawan-kawan dan guru kita. Ceritanya bermula apabila aku mengenali Cikgu Murniazilla ketika aku mendaftar masuk sebagai pelajar tingkatan 1 (2014) di MRSM tersebut. Dekat MRSM ni dia ada satu sistem yang dipanggil "homeroom". Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu pasal sistem ni tapi takpa aku akan terangkan. Homeroom merupakan satu sistem dimana guru akan menjadi ibu atau ayah angkat bagi sekumpulan pelajar sepanjang mereka belajar di situ. Nak dipendekkan cerita, Cikgu Murniazilla adalah guru homeroom aku.  

Topaz , nama homeroom kami ! Waktu ni form 2 hahaha


So bermula dari situlah aku mula kenal dengan lebih rapat dengan Cikgu Murniazilla. Ya , memang tak dapat dinafikan beliau seorang guru yang penyayang , penyabar, baik hati dan suka bantu orang lain. Aku jarang sangat nampak dia marah lagi-lagi kalau waktu perjumpaan homeroom. Teringat pulak aku dekat kawan-kawan aku waktu form 1, ada segelintir dari diorang ni (lelaki) mengalami homesick terukk (hahaha yang penting bukan aku).
Jadinya, diorang ni pun hampir setiap hari jumpa cikgu Murni dan lebih teruk lagi , ada dari kalangan diorang ni nak keluar MRSM sebab tak tahan berjauhan dengan keluarga . Tapi hajat diorang ni tak jadi bila mana cikgu Murni berjaya pujuk dan tenangkan mereka. Bila ingat balik memang kelakar dan boleh dijadikan bahan lawak untuk diorang yang homesick ni. 




ni waktu makan homeroom , form 3


Hari berganti hari , tahun berganti tahun , pejam celik pejam celik dah 3 tahun kami bersama dalam satu homeroom. Rasa sekejap je kan masa berlalu , dan yang pasti kami dah saling memahami antara satu sama lain. Walaupun aku ni anak homeroom cikgu Murni , tapi aku sendiri tak pernah diajar oleh beliau sebab kelas aku cikgu lain yang ajar. Lupa nak bagitau yang sistem homeroom ni waktu kami form 1 je kami sama kelas , and then naik form 2 dah berpecah kelas. Tapi aku tahu yang cikgu Murni ajar memang best dan murid-murid memang sayang dekat cikgu Murni. 




ni waktu kami sama-sama sambut hari guru untuk cikgu Murni



Kemudian , kami pun mula melangkah ke alam form 5 dan bermulalah satu saat yang boleh dikatakan sibuk sebab banyak benda nak kena belajar untuk SPM. Jadual pertemuan homeroom pun mula berkurang sebab jadual padat dengan kelas. Kalau dulu , setiap hari Ahad mesti akan ada perjumpaan homeroom, tapi bila dah naik form 5 ni, sebulan macam sekali dua je. Dan aku pun jarang jumpa cikgu Murni sebab cikgu pun sibuk jugak dengan kerja dia, jumpa pun bila berselisih atau terserempak kat mana-mana. So, satu hari ni , kami dikhabarkan bahawa cikgu Murni mengalami sakit kanser , dan dikatakan masa tu belum teruk dan masih under control. Alhamdulillah , kami bersyukur sebab cikgu masih lagi boleh bekerja , cumanya kadang-kadang cikgu akan amik cuti. And then satu hari, cikgu memang tak dibenarkan langsung untuk bekerja dan kena duduk di rumah untuk penjagaan yang lebih rapi sebab kami ada pergi melawat cikgu semasa beliau berada di rumah.

Keadaan cikgu Murni selepas itu semakin kritikal dan sudah berada di tahap yang membimbangkan. Aku dan kawan-kawan homeroom ada satu group wasap ( takde cikgu Murni ) , dalam tu kami selalu plan nak melawat cikgu Murni ,tapi tulah kan kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya menjadi sebab kita merancang tapi Allah yang menentukan. Maklumlah waktu tu semua tengah sibuk untuk persiapan masing-masing sebelum melanjutkan pelajaran dalam kos yang diorang minat. Tapi ada je kawan-kawan kami yang berkesempatan untuk pergi melawat cikgu Murni , dan kami yang tak dapat nak ikut ni mampu kirim salam sahaja untuk cikgu huhuhu.

18 Januari 2020 , antara hari yang penuh gelap dalam hidup aku dan kami semua apabila kami mendapat khabar yang cikgu Murniazilla telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Sultanah Ismail. Berita ni telah disampaikan oleh guru-guru di MRSM melalui wasap dan semua bekas-bekas pelajar berasa sangat dukacita atas pemergian beliau. Waktu ni aku masih berada dekat ALAM , dan aku tak dapat tahan kesedihan bila aku dengar orang yang aku anggap macam mak sendiri dah takde kat dunia ni , allahu. 



waktu kami form 5


Gambar kat atas tu ketika kami dalam event Apresiasi Homeroom. Waktu tu lah cikgu dah berhenti mengajar , dan waktu tu jugaklah kami dapat anugerah Sifar Disiplin , Serasi Bersama dan Penasihat Homeroom Terbaik ( Cikgu Murniazilla ) . Dan waktu tu jugaklah aku dan Hanani (kawan homeroom aku) , kami dapat anugerah Tokoh Huffaz dan aku rasa tu hadiah terakhir aku untuk cikgu. Tapi aku bersyukur cikgu pergi dengan tenang dan ketika hari pengebumian , bumi dibasahi dengan hujan rahmat.

Dan akhir sekali , sesiapa yang baca blog aku ni, saya minta jasa baik anda semua sedekahkan al-fatihah untuk arwah Murniazilla Binti Masijan , semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn. 




( semoga cikgu Murniazilla tenang di sana )



























Comments

  1. Tenkiu faz for making a story for our beloved bonda👸👸😞😞al fatehah(di baca)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome izzati , sama-sama kita doakan yg terbaik

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))