Tempat Percutian Menarik Di Sabah

        Assalamualaikum guys, harini aku nak share ngan korang pendapat aku sendiri tentang tempat percutian yang paling menarik sekali katSabah nie. Sabah nie unik sikit daripada negeri lain sebab vibe kampung kat sini sangat senang nak dapat. So korang boleh gunakan blog nie sebagai suggestion korang klau nak pergi bercuti kat Sabah nie, mana tau aku dapat tolong korang kan. So inilah dia top 5 tempat percutian menarik di Sabah ( versi Dainel ).


5. Marakau Cabin Lodge

Marakau Cabin Lodge Sabah Image

sumber : Google

       Aku suka dengan rumah kabin nie sebab dia terletak bersebelahan dengan Gunung Kinabalu iaitu gunung yang paling tertinggi di Malaysia. Udara kat sekitar kabin memang 100% segar pastu pemandangan jangan cakap lah, memang cantik sesuai lah kalau korang nie suka tangkap gambar kan. Aku memang suggest kat korang untuk pergi sini sumpah seronok weiii.


4. Maliau Basin Conversation Area

Maliau Basin

sumber : Google

       Bagi korang yang suka merentas hutan dan memerhati burung, tempat nie lah yang paling sesuai sekali untuk korang pergi. Korang jugak boleh menikmati keindahan bunyi air terjun yang bersih dan sejuk nie. Aku sarankan korang pakai kelengkapan yang cukup masa nak merentas hutan nie supaya tak berlaku sebarang kecederaan kat korang.


3. Pekan Kundasang & Pekan Nabalu

Pekan Kundasang

sumber : Google

       Ha sambil2 korang bercuti kat Sabah tu, mesti lah korang nak beli sedikit barangan yang jarang ada kat tempat kot kan? So aku suggest kat korang untuk visit pekan nie sebab macam-macam barang yang dorang jual kat sini. Pekan nie hari2 bukak sebab hasilnya tak pernah kurang so korang yang pergi pekan nie mesti akan dapat barang yang korang nak tu.Sayur-sayuran dan buah- buahan kat sini memang sangat segar sebab hari2 tanaman dipetik dan terus dijual di pekan tersebut bak lirik lagu sabah yang korang selalu dengar tu.


2. Gunung Kinabalu 

Gunung Kinabalu Image

sumber : Google

       Gunung Kinabalu nie memang antara tarikan pelancong sebab gunung nie yang paling tertinggi kat Malaysia dan gunung nie bersambungan dengan Banjaran Crocker. Kepada pendaki2 gunung sejati tu korang kena daki gunung nie untuk membuktikan yang korang nie memang pendaki tegar yang pernah menawan gunung tertinggi di Malaysia.


1. Pulau Manukan

Pulau Manukan

sumber : Google

       Pulau nie antara pulau yang paling terkenal sekali kat Malaysia nie. Bagi korang yang minat dengan pantai, tempat nie paling sesuai dengan korang sebab lautnya sangat bersih dan cantik. Korang jugak boleh buat aktiviti snorkelling kat sini dan korang berpeluang melihat keindahan terumbu karang yang ada kat malayia nie. Pulau nie selalu menduduki carta pulau paling cantik di Asia.

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Story Time