Masjid Terkenal Di Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku pada kali ni. Untuk kali ni aku nak berkongsi mengenai beberapa masjid tersohor di Malaysia. Masjid ni bukan sahaja popular malah juga bersejarah. Inilah antara senarai
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Masjid ini juga digelar Masjid Besi dan merupakan masjid rasmi kedua Putrajaya selepas Masjid Putra. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid Besi tidak memasang kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Ia turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.
Masjid Putra, PutrajayaMasjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, SelangorMasjid ini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia, mempunyai menara kedua tertinggi di dunia dan menduduki tempat kedua masjid terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kubah terbesar di dunia dan berada di ketinggian 300 kaki dari paras bumi dengan garis pusatnya 170 kaki. Masjid yang bernilai 18 juta ini, dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun.
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.
Comments
Post a Comment