Pemain Bola Terkaya Di Dunia ( 2020 )
Assalamualaikum guys, kini kembali lagi dengan segmen top 5 aku. So harini stlye sama, aku akan share top 5 dengan korang. Aku bercadang nak share tentang pemain bola yang paling terkaya di dunia. Selalu korang tengok bola je kan? So korang jugak bakal tau berapa income yang dorang selalu dapat dengan hanya bermain bola :)
5. Wayne Rooney
sumber : Google
Pemain bola yang pada ketika ini bermain di dalam Major League Soccer kemungkinan akan mendapat keuntungan yang lumayan pada akhir tahun 2020. Kesepakatan yang terbesar dia nie dapat adalah daripada 2 syarikat yang besar iaitu dari Nike dan Samsung.
4. Alexandre Pato
sumber : Google
Sejak Pato nie tinggalkan Ac Milan pada tahun 2003, dia mendapat kejayaan yang lebih besar sehingga membawa pulang tunai dengan kekayaan US$ 145 juta atau 500 juta ringgit.
3. Lionel Messi
sumber : Google
Pemain bole yang sape je tak kenal kan, pemain sayap kanan paling berbisa sepanjang zaman. Messi telah mendapatkan tawaran besar daripada sponsor Pepsi, Huawei dan Adidas. Kekayaan yang dimiliki oleh Lionel Messi ialah sekitar US$ 400 Juta. Kaya amat !!!
2. David Beckham
sumber : Google
Bekas pemain Manchester United yang telah bersara pada tahun 2013 ini telahpun memiliki team bola sepak MLS sendiri iaitu Inter Miami. Ini menyebabkan beliau mendapat keuntungan yang sangat tinngi sehingga mengatasi Lionel Messi dengan kekayaan US$450 Juta.
1. Cristiano Ronaldo
sumber : Google
Gaji yang diperolehi oleh Ronaldo daripada Juventus ialah 31 juta euro per tahun. Namun keuntungan yang diperolehi beliau lebih tinggi daripada gajinya. Hal ini kerana Ronaldo merupakan pemegang saham terbesar untuk 2 hotel yang besar disebut sebagai Pestana CR7. Beliau juga mempunyai Gym, pereka pakaian sendiri, dan klinik transplantasi rambut. Kekayaan beliau mencapai US$460 Juta.
Comments
Post a Comment