Tempat menarik di Melaka
Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan dengan destinasi bersejarah serta keunikan struktur binaan bangunannya.Hari ini kita lihat semua destinasi percutian popular seperti penginapan, tempat shopping, hiburan keluarga, tempat makan, medan ikan bakar dan sebagainya yang boleh anda lawati kalau anda merancang bercuti di Melaka Negeri Bersejarah.Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya di samping mempunyai campuran budaya-budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan ataupun Baba & Nyonya.
Destinasi yang ideal di Melaka untuk anda kunjungi bersama keluarga atau kawan-kawan yang sukakan cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal & mental. Ada beberapa pilihan trek perjalanan yang berbeza cabarannya seperti Pahlawan Thrill, Extreme Warrior & Little Dino yang boleh anda pilih dan apa yang pasti kebanyakan aktiviti di sini memang sangat menggayatkan. Walaubagaimanapun kalau anda nak mencuba aktiviti menarik di Skytrex Melaka, ada syarat yang ditetapkan dari segi fizikal, iaitu berat badan tidak boleh melebihi 100kg & ketinggian mesti lebih 140cm. Dan sesudah membeli tiket anda perlu berada di sini sekurang-kurangnya 30 minit sebelum aktiviti dimulakan. Melaka Skytrex sangat sesuai sebagai destinasi untuk mereka yang ingin menganjurkan team building atau hari keluarga dengan aktiviti menarik bersama rakan sepejabat
Kalau pertama kali bercuti di Melaka destinasi ini wajib anda terjah bersama anak-anak. Satu tempat menarik di Melaka yang terletak di Bandar Hilir Melaka & mudah dicari. Pengunjung berpeluang menaiki menara ini dengan dek berkaca tertutup yang akan naik ke atas dan berpusing berterusan secara perlahan 360 darjah. Dari puncak menara yang setinggi 80 meter ini anda dapat melihat majoriti tarikan pelancongan yang ada di sekitar Bandar Hilir Melaka seperti Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Bukit St John, Pulau Melaka, Masjid Pulau Selat dan sebagainya. Waktu paling best untuk mencuba adalah waktu petang kerana berpeluang melihat keindahan panorama matahari terbenam atau pada waktu malam dengan keindahan neon warna-warni yang menghiasi Bandar Melaka.Salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar untuk lawati. Kapal selam yang terletak di Pantai Klebang dan saiz yang besar ini dibina pada tahun 1979 namun setelah tamat beroperasi kini dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai. Anda pasti terkejut bila melangkah masuk ke dalam kerana saiz laluan yang agak sendat. Waktu cuti memang ramai dan sesak di dalam tetapi mujurlah ada sistem penghawa dingin yang baik. Bunyi siren di dalam muzium ini pasti memberi anda satu pengalaman yang baru yang hanya ada di negeri MelakaBanyak sungguh destinasi pelancongan yang unik di Melaka baik tenpat bercuti, kawasan bersejarah, resort taman bertema, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya. Semoga panduan tempat menarik di Melaka yang ringkas ini memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak.
Comments
Post a Comment