Resepi special ! Char Mee Goreng 😍😍😍.

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys πŸ˜ƒ. So harini saya akan kongsikan kepada pembaca² semua tentang resepi saya untuk memasak CHAR MEE GORENG hehe tahu ramai yang tertanya² "eh biasanya kan ada char kuew tiaw jer?" Okeyh meh sini saya kongsikan resepi saya buat Char mee goreng ni hehe.

Disclaimer : okeyh semua rezepi ni saya try and error punya resepi sahaja tiada kaitan dengan hidup dan yang mati . Ehhh tiber ! 🀭. 

Okeyh so apa resepi2 yang saya gunakan untuk buat char mee goreng ni adalah:

1.Mestilah mee. 🀷🏻‍♂️🀭
  
2.Ayam yang dipotong dadu / kecik
3. Sayur ( bebas atas citarasa masing²)
4.cili dan bawang putih 
5. Sos ZAZA  Char kuew teow .
- Sos ni biasa jual di kedai runcit berdekatan rumah saya so senang saya  nak cari. Tapi untuk yang tinggal kat semenanjung tu mungkin susah nak cari kut tapi boleh buat sendiri okeyh?
6. Cili Boh 


So step saya mula masak adalah 
1. Letakkan sedikit minyak dan tunggu minyak panas cukup2 untuk menggoreng.
2. Letakkan bawang putih dan cili ke dalam minyak yang panas tu.
-gorengkan sehingga bawang putih dan cili tu sehingga naik bau 🀀.

3.Campurkan cili boh bila bawang putih dan cili tu dah naik bau .

4.Bila cili boh dah naik bau campurkan ayam dadu kita.
5.tambahkan air secukupnya supaya ayam kita tu masak dengan sekata dan biarkan sehingga kuahnya kering sedikit.
6.campurkan sayur dan sos char kuew tiaw tu secukup2nya (rasa kuah tu dengan jari ) 
7. Tambahkan mee  
9.Gaul hingga sebati 
Rasa di serious lain sangat² dengan mee goreng biasa dengan kuahnya yang macam char kuew tiaw 🀀🀀🀀 arhhh! 😩 Nanti balik rumah saya masak lagi yer makanan favourite ku 🀭. 

Okeyh tu sahaja resepi yang saya buat untuk memasak char mee goreng . Simple bukan? Yang bujang pun boleh masak lah 🀀 hehe jimat pun jimat πŸ‘πŸ».Sekian terima kasih pada yang sudi baca , semoga bermanfaat πŸ˜ƒ✨.

Comments

Popular posts from this blog

Sisters by ❤️ ((roommate edition))

Trans Studio Bandung (Part 3)

Brunei Language.