Buah buahan

Dalam bidang pertanian, buah merupakan ovari yang telah masak, bersama-sama dengan bijinya dari sesebuah pokok yang berbunga. Namun, apabila berkata tentang buah, dari segi masakan, yang dimaksudkan dengan buah ialah hasil daripada pokok-pokok yang boleh dimakan begitu sahaja. Akan tetapi, sebahagian daripada buah-buahan juga yapa sebagai sayur-sayuran.Kebanyakan buah mengandungi air. Buah juga mempunyai serat makanan pada kulit, benih, dan bagian berserat. Biasanya buah juga mengandung besi dan gula, serta sedikit protein dan lemak.

KhasiatSunting

Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti. 
  • Kesegaran buah.
  • Buah muda, ranum atau terlalu ranum.
  • Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok.
  • Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak mencukupi keperluan pokok.
  • Cara penyediaan buah:
    • Dimakan segar atau mentah.
    • Dimakan bersama kulit atau tidak.
    • Jangka masa buah dimakan; dibiarkan dahulu atau terus dimakan setelah dikupas.
    • Jika dibuat jus segar, perlu dikenal pasti sama ada jus diminum terus atau disimpan berjam-jam di dalam peti sejuk sebelum diminum.
    • Jika bukan buah segar, perlu dikenal pasti cara penyediaan, berapa lama disimpan serta keadaan di sekeliling tempat simpanan.

Comments

Popular posts from this blog

Sisters by ❤️ ((roommate edition))

Trans Studio Bandung (Part 3)

Brunei Language.