Cinta tanpa mengenali rupa ❤️.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua . πŸ–️😁 

Harini saya nak menceritakan kisah yang akan dirasai oleh semua orang iaitu Cinta. Persoalannya adalah boleh ke kita jatuh cinta kat orang yang tak pernah kita tengok dan kenal pun wajah dia? Kalau tanya saya huhu tulah cinta pertama saya. Saya cintakan orang yang tak pernah saya tengok muka dia huhu tak tahu macam mana tapi saya jatuh hati pada sikap dan akhlak dia yang saya nampak pada chat saya dan dia , story instagram dia dan semua post² dia. ☺️

Mesti ramai yang tertanya² macam mana pulak tak boleh kenal rupa dia ? Okeyh saya memang tak kenal langsung muka dia sebab dia pakai niqab / purdah . Dan semua di media sosial dia di facebook , instagram , twitter , dia tak post langsung gambar dia . Dia sangat menjaga diri dia dari dilihat oleh lelaki lain dan itu membuat saya makan jatuh hati kat dia 😁. 

Sekarang alhamdulillah kami pun dah bertunang dan dah kenal rupa masing² . Alhamdulillah rupa dia lawa bagi saya dan saya harap dialah jodoh saya. Apapun semuanya kena berserah kepada sang pencipta yang dah menentukan takdir kita semua kan? ☺️ 

Si dia tak pernah layan lelaki yang chat² dia kecuali pada satu hari tu di tergerak hati untul melayan saya hehe. Takdir² Allah dah tetapkan tu pun dia cuba mengelak untuk bercakap dengan saya yang masatu tak faham lagi kenapa dia nak cuba lari dari saya yang betul² nak kenal dia kerana Allah. 😁 

Saya kenal ig dia daripada adik dia yang masatu pelajar di sekolah yang saya bekerja sebagai pekerja kantin tu . Saya mintak ig si dia kerana adiknya cakap yang si dia tu adalah perempuan yang satu umur dan satu sekolah dengan dia. Saya jugak tertarik apabila mengetahui yang si dia sanggup tak ambik spm untuk mendalami ilmu agama di madrasah dia dan itulah salah satu sebab saya nak kenal sangat si dia hehe. 🀭
 
So untuk blog ni saya nak letak gambar kenangan saya dan dia sahaja. Bukan gambar dia , kerana dia tak nak diri dia dilihat oleh lelaki lain kecuali suami dia.✌️



 Si dia suka melukis ✍️ jadi nilah lukisan pertama dia untuk saya . 

Si dia jugak rajin menulis , jadi dia bagi satu buku yang dia tulis khas untuk saya . 😁 Alhamdulillah , sykuran yer si pemberi. 



si dia tu ada jadi agent bisnes jual choco jer dengan popia Arieffsufiah sebagai kerja sampingan untuk tambahkan wang saku dia tapi dia  selalu bagi saya hadiah choco jer dan popia ni πŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ₯Ί. Walaupun diri dia sedang menabung . Saya berat nak terima tapi dia cakap "takperlah kan Allah dah janji takkan berkurangnya harta irang² yang bersedekah sebab tu saya nak bagi kat awak" masatu saya betul² terharu πŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ₯Ί terima kasih awak. ✨

Blog ni saya tulis khas untuk si dia  ✨. Bersama atau tidak lepasni semuanya serahkan kepada Allah kerana tugasan kita hanyalah berusaha manakala yang menentukan tu semua kerja Nya . Saya harap para pembaca dapat tolong doakan hubungan kami kekal hingga ke jejang pelamin ☺️✨.

Sekian terima kasih. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))