Honda

Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.
Syarikat ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia sejak 1959 dengan capaian pengilangan sebanyak 400 unit hujung tahun 2019, serta pengeluar enjin pembakaran terbesar ikut perkiraan dengan lebih 14 juta unit setahun.Honda tidak sahaja menjadi pengeluar automobil kedua terbesar Jepun dari tahun 2001,malah juga pengeluar kelapan terbesar dunia tahun 2015.

Sejak usia muda, Soichiro Honda ( Honda Sōichirō) memiliki minat besar dalam kenderaan bermotor. Dia bekerja sebagai mekanik di Art Shokai, di mana dia menyetel kereta dan dimasukkan kedalam balapan. Dia kemudian membuka syarikat sendri bernama Tōkai Seiki  membuat reka bentuk omboh dan menjualnya ke toyota,  rancangan pertamanya ditolak, dan Soichiro bekerja keras untuk menyempurnakan reka bentuknya sehingga dia kembali melanjutkan pelajarannya serta menggadaikan perhiasan isterinya sebagai jaminan.Honda memasuki industri automotif setelah Perang Dunia Kedua agak lewat daripada syarikat-syarikat seumpama seperti Toyota dan Nissan

Comments

Popular posts from this blog

Sisters by ❤️ ((roommate edition))

Trans Studio Bandung (Part 3)

Brunei Language.