Tempat menarik di Muar

Muar merupakan daerah kedua terbesar di utara Johor. Di anugerahkan dengan gelaran Bandar Diraja pada tahun 2012 cukup membuktikan bahawa ia sebuah pekan istimewa yang wajib dikunjungi.  Dihiasi dengan landskap yang cukup indah terutamanya di perairan Pantai Leka dan juga Gunung Ledang menjadikan ia tumpuan utama bagi percutian di musim cuti sekolah dan juga cuti umum.
Bukan itu sahaja, Muar turut cukup terkenal sebagai lubuk makanan di kalangan masyarakat Johor dan juga Singapura. Sebut saja makanan apa yang terlintas di fikiran semuanya mudah didapati di sini. Untuk anda  food hunter inilah tempat yang paling sesuai untuk diterokai! Nikmatilah kelazatan dan keunikan masakan di sini sehingga puas. Jadi, jangan lupa masukkan Muar sebagai lokasi wajib dalam list anda ye!Bagi yang belum pernah ke Muar, jadikan musim cuti sekolah ini sebagai percutian yang akan diingati sampai bila-bila dengan membawa keluarga anda bercuti ke Muar untuk menikmati sendiri segala jenis masakan yang ada di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))