Stories Captured #2
Assalamualaikum everyone, okey kita sambung talk about random pictures yang aku pilih. Update: sekarang pukul 2, esok nak balik campus dah. Nak nangis pulak rasa tengah malam ni. Tapi takpe kita karok dulu malam ni, layan lagu lagu lama zaman zaman taylor swift, one direction still together lepastu jangan lah keluar suggestion keeping up with the kardashians videos. Kalau tak, memang tertangguh lagi nanti this entry
Okey soooo first picture, this one aku dekat apa tu nama dia kompleks kat seremban tu ya allah lupa dah nama dia kejap aku google. Kompleks sukan paroi. Yeap. aku dengan classmate aku i mean yang ni kitorang divide into 2 groups. So group aku buat practice la for musical drama under music subject. Yeah lupa pulak time ni aku form 2 2015, so music is one of the subject aku amik. So kitorang partice dekat sini. And then kitorang pergi aeon naik kereta xen. Jap jap kenapa ada xen pun aku tak ingat, tapi imagine eh kitorang je dah 10 orang centu lepastu ngan xen and siblings dalam satu kereta. Nasib baik naik alphard tau. This musical drama aku jadi cikgu lepastu jadi kawan kawan. Ha macam tulah kut aku pun dah tak ingat sangat.
Yeah gambar ni time form 3, hightea raja hitam, one of the oufit yang aku rasa aku pakai dengan helok kejadian tudung pun cantik je. Haaa so this one aku dengan bon pegang hadiah kan. Ni hadiah untuk cikgu razak. Cikgu razak dulu time form 1 pernah jadi guru kelas kitorang. Cikgu razak ajar pj, aku ingat lagi dia kata kat aku time ambik report card we called muzakarah waris, dia kata bm dapat B bahasa Inggeris reti pulak kau dapat A. kau melayu ke mat salleh hahahaha. Allahu malu aku. So time ni nak amik gambar kat court basketball, ngan classmate ngan cikgu sekali. Oh lupa cakap, yang ni hightea ni sambut sekali persaraan cikgu raak. Ha gitchew.
Okey gambar ni random sangat, izzah no’man ambikkan gambar ni. I think ni masa weekend sebab weekend je aku basuh baju unless kalau urgent kena basuh time hari sekolah. So you can imagine la berapa banyak baju aku basuh kalau weekend kan. So date ada kat 17 april 2016, aku time ni form 3. Aku rasa aku pergi somewhere ni sebab siap bertudung elok dengan baju lengan panjang kan hahahha. Pergi study kut ewah gitchew. So actually that one baju pink tu baju favourite jugak tu sebab tak payah nak gosok hahahaa. That is how i hang my baju sebab satu nak jimat hanger dua cangkuk kain tu mmg kena macam tu kalau tak jatuh baju sia sia je basuh huhuhu. By the way yang ni dekat belakang block S. aku tak sidai baju kat situ actually, aku tumpang je before aku alihkan dekat ampaian yang betul betul depan aku.
Okay this one time 2015, aku form 2. Ni ada pertandingan nasyid maybe sempena bulan kesenian islam kut rasanya lah. Honestly aku takdela reti sangat main percussion tapi aku macam malas senanya nak hafal lyrics lagipun time ni senior garang and menakutkan hahaha so salah kang naya. Ha tahun before tu pun aku main percussion jugak hahahha. Ingat lagi senior suruh cari baju biru kat budak band tapi aku lenjan pakai baju kurung biru siap corak corak aku ahhahhahaha. So time ni dah ada baju peach so pakai lah baju peach masyaAllah pakai dengan seluar slack weh ahhaha. Tengok tu kasut tu, itulah style kasut aku selalu beli acah boyish sangat en ahhahaha. yang sebelah tu nash.
Haaa yang ni gambar time camping pasca pt3, camping paing relaxing even dijaga oleh cg elais banyak cikgu unit disiplin sebenarnya tapi macam chill lah jugak. Okey so ni malam kebudayaan, group aku dapat boria. Takde baju sangat kitorang carilah baju kemeja hahaha sukahati je. Aku ingat time ni cgroup aku ada manu, ada amiera kut. Okey time nyanyi lagu boria tu memang aku dengan secara sengaja memang memalukan diri weh. Lepastu aku rassa macam nak masuk terus khemah sebab malu. Tapi ni minum dulu lah nanti lapar susah pulakkan. By the way ni dekat pusat kokurikulum, pusat ko. Dalam sekolah jugak tak pergi pun luar sekolah hahahahha. Ni duduk dengan izie.
Yeayy dah last gambar, serious weh aku ngantuk dah ni dekat pukul 3 dah. So gambar ni time pendaftaran form one 2018. Aku headgirl so aku melawat kawasan lah. Ewah gitu. Seronok tengok form one daftar ni, sempat je aku ambik gambar ek. Hahaha muka excited sebab dapat escape kelas tu yang penting ahhahahhaa. Okey yang tengah cakap tepi tu auna, yang pakai spec eh jap dua dua pakai spec, yang belah kanan nurin, kiri evana. Kenapa ku nampak gemuk ek, hm tapi memang gemuk kut hahaha tapi takpe still cantik hahaha gitchew. Ni dekat depan dewan ni. Dulu aku daftar bukan dekat dewan, dulu aku daftar dekat depan bilik bawah pejabat tu, sekali lagi aku tak ingat bilik apa. Sebab apa kat situ, sebab aku second intake so sikit je so tak perlulah sampai guna dewan kannn ahhahaha.
Okey tu jelah. Kalau aku rajin nanti aku korek lagi gambar gambar yang interesting okeys. See ya! Bye!
Xoxo aleya
Comments
Post a Comment