Drama Terbaik 2019#Melayu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi sesiape yang sudi membaca blog aku pada kali ni. Sebelum ni aku cerita pasal novel tapi sekarang ni aku nak cerita mengenai drama terbaik versi melayu tahun 2019.
Adaptasi novel karya Aulia Iman ini diterbitkan oleh syarikat penerbitan Karyaseni dan disiarkan menerusi slot Akasia mulai penghujung Disember tahun lalu. Drama ini telah mencatatkan sejarah apabila menerima rating sebanyak 12 juta penonton secara purata menerusi telecisyen dan platform digital TV3.
Dibintangi pelakon popular seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand dan Syazwan Zulkifly, ia mengisahkan perihal watak bernama Megat Danish @ Danny lakonan Remy Ishak, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Di hari pernikahannya, dia menerima “hadiah misteri”, seorang bayi yang tidak tahu dari mana datangnya. Kehadiran bayi itu menyebabkan pernikahan Danny dan calon isterinya, Nadine lakonan Sarah Hildebrand dibatalkan. Danny kemudian memulakan pencarian siapa ibu kepada bayi misteri itu.
Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
Sebuah drama berlatar-belakangkan kehidupan sebagai seorang tentera, Leftenan Zana ditunjangi pelakon berbakat besar, Janna Nick sebagai peranan utama. Drama ini diarahkan Azman Haji Yahya dan diterbitkan JS Pictures Sdn. Bhd. Ia mula disiarkan pada 8 Februari lalu menerusi slot Lestary di TV3.
Leftenan Zana mengisahkan impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.
Lagi drama hasil adaptasi, Kan Kukejar Cinta Kamu asalnya sebuah novel yang ditulis Fauziah Ashari. Drama ini disiarkan menerusi slot MegaDrama Astro Ria sejak 17 Disember tahun lalu. Kan Kukejar Cinta Kamu diterbitkan Global Station Sdn. Bhd. dan diarahkan Yusry Abdul Halim.
Ia mengisahkan kisah cinta Alma dan Raiyan yang bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.
Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. Sementara itu, bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.
Mula ditayangkan menerusi slot Akasia sejak 29 Januari lalu, Dia Menantu Rahsia merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada novel nukilan Indah Hairani yang diterbitkan oleh syarikat Buku Prima. Drama 28 episod ini dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ashraf Muslim, Syazuwan Hassan, dan Mona Allen.
Drama ini mengisahkan perihal pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya yang telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka.
Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Persoalannya, mampukah perkahwinan itu menyelesaikan kekusutan yang membelenggu Melissa?
Diarahkan Bahri Uma, Aku Cinta Dia sebuah drama yang disiarkan menerusi slot Lestary di TV3 sejak 26 Disember tahun lalu. Ia dibintangi pelakon popular seperti Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Miera Leyana dan Fauzi Nawawi.
Aku Cinta Dia memaparkan kisah hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan. Atas sebab itu, Laila membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati.
Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Disitu, dia bertemu Sarina dan Affan. Ketiga-tiga mereka bertambah akrab apatah lagi Affan merupakan “instacrush” Laila. Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.
Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam? Semua ini dirungkai dengan baik pada penhujung drama ini, sebuah drama yang perlu ditonton oleh anda di luar sana......Sekian sahaja daripada aku......terima kasih.
Comments
Post a Comment