Sukan Terunik Di Dunia

       Assalamualaikum kepada semuanya, yang sanggup view blog nie walaupun tak terkenal macam blogger yang lain lah kan. So aku kembali lagi dengan segmen carta 5. So harini aku nak bongkar sikit tentang sukan kat dunia kita. Korang nak tau tak yang terdapat sukan-sukan yang unik sampaikan kita sendiri pun taktau kewujudan sukan tersebut. Maka dengan itu aku nak share ngan korang 5 sukan terunik yang jarang dimainkan di dunia. 


1. Headis

headis sukan rare
sumber : Google

      Sukan nie diperkenalkan sejak 2006 oleh Jerman. Ada seorang lelaki nie nama dia Rene wagner nak main bola sepak tapi tiada padang kosong. So masa tu dia ada nampak satu meja ping pong yang kosong dan dia pun ambik bola getah dan bermain ping pong hanya menggunakan kepala sahaja dan di situlah terciptanya sukan Headis.


2. Tinju Catur

chessboxing tinju catur
sumber : Google

       Sukan nie menggabungkan sukan tinju dan permainan catur. Peserta akan bermain catur dahulu selama 3 nminit sebelum mereka bersedia untuk berlawan selama 3 minit. Peserta akan di kira kalah sama ada tewas dalam game catur atau tinju. Sukan nie sering dimainkan di negara India, Jerman dan Rusia.


3. Jombola

sukan jombola ciptaan malaysia
sumber : Google

       Ha sukan nie pulak gabungan sukan tenis dan badminton. Seorang guru bernama Sukdev Singh mencipta permainan ini di saat mereka hendak bermain tenis, terdapat kesukaran untuk mendapatkan gelanggan tenis menyebabkan mereka bermain di gelanggang badminton. Tapi bola yang dorang gunakan adalah bola khas tapi bukan bola tenis.


4. Tejo

tejo colombia
sumber : Google 

      Sukan tejo nie menggunakan sejenis cakera yang mempunyai berat melebihi 500g dan perlu di baling tepat ke arah sasaran yang ditanda pada lubang tanah liat sejauh 18 meter. Lagi menarik apa bila di papan tanah liat gterdapat belerang yang akan meletup apabila berlaga dengan cakera tersebut. Sukan n ie sering dimainkan di negara Colombia. 



5. Calcio Fiorentino

calcio florentino
sumber : Google

       Sukan nie jugak adalah gabungan ragbi dan bola sepak. Apa yang menarik tentang sukan nie adalah pemain bebas untuk bermain sukan ini dengan cara mereka sendiri dan mereka beb as untuk melakukan perkara yang melanggar undang2 semasa bermain bola sepak seperti menumbuk dan menendang. Mereka hanya tidak dibenarkan untuk mencederakan kemaluan dan kepala pihak lawan.

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Story Time