LONG PASIA

Sebelum ni kamu baca blog saya, saya guna bahasa orang putih saja kan? okay sekarang ni sya mau test pula bahasa orang sendiri.
Blog yang sebelum ni, saya ceritakan pasal makanan dan minuman kegemaran saya.
So untuk blog yang ini pula, saya mau ceritakan sikit, sikit ja, pasal kampung saya, 
iaitu KAMPUNG LONG PASIA.
Mesti kamu nda pernah dengar kan nama kampung ini.

Sumber: Google
Okay ini adalah peta Sabah tapi bukan yang full punya la sebab mau bagitau kamu d mana kedudukan kampung ni. Masa yang diambil untuk sampai ke kampung Long Pasia ni dari bandar KK, akan ambil masa dalam 5-6 jam la kalau nda berhenti makan2 lagi.Yang bikin lambat sampai tu, sebab singgah makan satay d pekan Sipitang dulu. Isi perut sebelum jalan d jalan raya gravel.

Sumber: Google
So ni la jalan raya gravel yang perlu orang tempuhi bila mau sampai ke gerbang entrance kampung Long Pasia. Memang mau naik guna kereta double cap juga atau 4x4, klau guna Myvi mungkin sampai juga la tapi besok lusa la baru smpai sebab confirm, tested and approved akan tersangkut.

Sumber: Google
Ni la kampung Long Pasia, kecil saja kan. Memang kalau mau plan bercuti tapi ndatau mau pergi mana, roger ja, sya bawa balik kampung. Bayar tambang kereta sja, yang lain boleh diatur. Banyak review cakap Long Pasia ni macam d luar negara, kebanyakkan cakap macam d Switzerland. Malam confirm sejuk, auto 3 lapis baju kau pakai. Bole main bola petang2, mandi sungai dan banyak lagi. Santai2 ja d kampung ni, dulu teda internet connection, sekarang up suda, ada suda line.

Sumber: Google
Hah ni air terjun yang ada d Long Pasia, memang macam d Switzerland hahaha. Ni bukan edit ka apa ka, ni la air terjun yang perlu kita jungle trekking masuk hutan untuk sampai ke destinasi air terjun ni. Saya sendiri pun belum sampai sini, nanti kalau ada antara kamu yang mau bercuti d Long Pasia, sama2 kita jungle trekking, tidur dalam hutan satu malam terus keesokan pagi tu sambung trekking sampai air terjun.

So sampai sini sajala bahasa orang sendiri kita, jumpa d blog finale ya.
Blog seterusnya memang sungguh menarik, seminggu juga saya buat untuk siapkan sebab paling tersweet, bersemut telefon kamu baca nanti.
So stay tuned!!!

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Story Time