Foodie
Assalamualaikum netizen !
So guys , harini aku rasa lapar gila, so aku nak borak pasal makanan. Alhamdulillah, duduk Malaysia ni macam2 makanan ada, western ada, makanan kampung ada, fast food ada, senang cita semua ada. Jadi blog kalini aku lebih kepada nak tunjuk karya makanan yang aku ambik pakai kamera fon Redmi 8.
( sate lembut )
Tudiaaaa terliur tak ? Ni orang panggil sate lembut, lokasi berdekatan dengan bustand lama Batu Pahat. Sate dia satu lidi 80 sen, pastu memang padat dengan isi. Pehhhh memang terbaik, 10/10.
( bakso )
Inginkan kelainan ? Mahu masakan dari negara jiran ? Ini dia saya bawakan kepada anda semua bakso ori dari Indonesia.
Lokasi belakang BP Mall. Warung ini menyediakan dua hidangan utama iaitu bakso dan juga ayam penyet. Owner dia memang org Indon. Memang tak rugi, rate 10/10.
( mcd )
Kita beralih pula ke fast food. Siapa lagi kalau bukan MCD !!. Waktu aku pergi ni, Mcd ada keluarkan menu baru, spicy korean burger beef & chicken. Sesekali boleh ler makan mcd ni, makan selalu pokai duit. Tapi burger tepi jalan still the best doh hahaha. Btw rate utk menu baru ni 10/10.
( pizza )
Memandangkan aku kerja kat sini, elokla kalau kita review jugak pizza dominos ni. Aku rasa pizza dominos mmg terbaik dari pizzahut. Walaupun setiap hari aku makan pizza, smpai skrg aku still tak muak hahaha. Sebab mmg sedap giler. Memang 10/10 gua bagi.
So aku rasa aku nak stop smpai sini jela, takut kalau aku teruskan, ada org jilat skrin kang hahaha. Ok bye !
Comments
Post a Comment