Abang Foodpanda.

Hai guys...

    Agak lama rasanya menulis blog ni.. sbb time2 PKP ni busy sikit hehehe. So kali ni aku nak share sikit laa pengalaman buat kerja Foodpanda ni. Macam mana aku boleh terjebak? Maklum laa time PKP ni agak bosan duduk rumah, kelas pun xde. So aku decide laa nk cari kerja. Cari punya cari.. agak susah jugak la nak cari kerja time pkp ni. mana taknya sbb ekonomi jatuh teruk kot. Sbb tu laa xde yg nk amik aku bekerja. Tetiba dapat pulak ilham nk try buat Foodpanda. aku pun apply la kat website Foodpanda. Sekurang kurangnya drp tak buat apa duk termenung kat rumah adaa juga la income masuk kan.



BEST KE JADI RIDER FOODPANDA NI?

     Agak best sebenarnya buat kerja ni. Boleh ke sana sini, tgk awek cun2 hahahaha. itu pun kalau banyak oder la best. kalau tak memang duk memisyang la xde oder termenung je tepi jalan. Ada satu hari tu mmg xde oder lansung sbb system down time tu. Mmg semua rider la duk termenung tepi jalan. Bukan senang sebenarnya buat kerja ni. Tapi as a pengalaman mmg syok juga la


MACAM MANA FOODPANDA BEKERJA?

    Ni antara soalan yg selalu juga la kawan2 aku tnya, so sebenarnya senang je. Semua order customer akan masuk melalui applikasi khas, Maksudnya, semasa waktu bekerja.. sistem akan hantar oder customer secara automatik. So bila dapt je notifikasi, apps tu akan berbunyi and as a rider kita kene la accept job tu dan terus la ke Vendor untuk amik makanan and hantar ke customer. 


BOLEH KE BUAT PART TIME?

   Foodpanda ada ruang khas untuk jadual kerja, jadual akan keluar mengukut batch masing2. so mcam aku batch 3, jadual akan keluar setiap hari rabu. so korang boleh pilih la time korang bekerja. contohnya kalau tetiba korang rasa free and nk buat kerja, cari je jadual anytime je sbnarnya korang boleh buat kerja ni.


GAJI MACAM MANA?

    Untuk gaji pula sbrnya kene ikut rezeki la. hahaha kalau order time tu laju bnyak la dapat kalau tak, tak banyak laa. tapi satu hari sekurang kurang nya boleh la dapat RM60. kiraan untuk bayaran adalah satu order RM 5 bergantug pada Batch masing2. Seminggu busuk2 pun boleh la dapat dalam RM 300 - RM 500. sapa je nak bagi kan. daripada tak buat apa2. At least ada juga la gaji time PKP ni. 

    So inilah serba sedikit yang aku boleh kongsikan. so kalau korang nk tahu lebih lanjut boleh PM/DM aku dekat ig ye hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Story Time