Makanan Paling Terkenal Di Sabah

        Assalamualaikum guys, harini aku still nak kekalkan content top 5 aku sebab aku nak korang tau yang aku hanya sajikan 5 perkara yang penting dan memberi manfaat untuk korang jugak nanti. So harini aku nak share dengan korang top 5 makanan yang terkenal kat negeri aku nie iaitu negeri Sabah. So harap korang tau lah apa yang kitaorang suka makan :)

1. Tuhau 

tuhau

sumber : Google

       Tuhau nie sebenarnya adalah sejenis jeruk yang dihasilkan daripada pokok tuhau, iaitu halia liar. Makanan nie berasal daripada kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Aroma tauhu nie memang kuat so korang kena tahan sikit bau tuhau nie tapi gerenti aku cakap khasiat halia yang tinggi kat tuhau nie elok untuk kesihatan korang tau. Nie salah satu kegemaran aku tau :)


2. Amplang

amplang

sumber : Google

       Amplang nie ialah snek ringan diperbuat daripada ikan segar yang terkenal di kalangan kaum Bugis di Sabah. Nama lain snek nie ialah keropok kuku macan. Amplang nie banyak version jugak, ada ketam dan udang. Snek nie memang sesuai untuk korang minum petang dan anak-anak memang suka snek nie. Aku boleh habiskan 2 bungkus snek nie dalam satu masa :)


3. Noonsom

noonsom

sumber : Google

      Noonsom nie bermaksud jeruk dalam bahasa melayu. Noonsom nie ada 3 jenis, iaitu Noonsom Sada ( Ikan ), Noonsom Bambangan ( buah ), dan Noonsom Tuhau ( ulam ). Cara nak sediakan jeruk nie sama je dengan proses penyediaan jeruk biasa cuma perlu cili merah, cuka dan garam. Serius meleleh aku cakap kalau makan jeruk terutamanya jeruk buah, sangat sedap. Korang bole try pelbagai jenis buah-buahan tapi aku prefer mangga sebab masam manis :)


4. Kuih Cincin

kuih cincin

sumber : Google

       Nie guys satu lagi makanan yang terkenal di daerah Papar, Sabah yang merupakan tempat tinggal aku iaitu kuih cincin yang telah menjadi kuih kegemaran aku. Kuih nie diperbuat daripada gula perang dan tepung beras je guys tapi ada masuk bahan sampingan lah macam minyak masak air, dan gula melaka. Gula melaka lah yang menyedapkan kuih cincin nie. So sape yang nak try tu boleh lah datang sabah atau kirim je dengan aku kalau aku balik rumah nanti :)


5. Ambuyat

ambuyat

sumber : Google

       So guys nie lah dia makanan killer yang paling famous sekali kat negeri Sabah nie. Aku rasa korang pon tau apa benda nie kan? Inilah dia ambuyat. Ambuyat nie diperbuat daripada batang dalam sagu sawit daripada pokok rumbia yang merupakan bahan berkanji. Cara nak makan benda nie memang unik tapi keenakannya tak dapat digambarkan. Benda nie dimakan menggunakan candas iaitu chopstick yang dilekatkan bersama. Ambuyat nie korang boleh dapat sebenarnya kat semenanjung tapi style kitaorang memang korang takkan dapat kat sana. So korang datang lah Sabah dan nikmati sendiri keenakan Ambuyat nie, gerenti meleleh :)

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Story Time