( suasana bazar ramadan )
So firstly tak lain dan tak bukan bazar ramadan gais. Mostly bazar ramadan memang ada kat semua negeri dan this is one of the way peniaga-peniaga nak cari rezeki bulan puasa ni. Kat bazar ramadan, kita boleh tengok mcm2 jenis juadah, beribu jenis air, senang cita semua makanan kau nak, dah ada depan mata. Cumanya sekarang kau bermain dengan nafsu hahahaha. Memang tk dpt dinafikan gais, bila jejak je kaki kat bazar, semua benda akan nampak sedap, dan semua benda rasa mcm nak beli. Tapi bagi aku, nak beli kat bazar ramadan tu boleh, tapi janganlah stiap hari, kopak weh duit, ni pendapat aku je takyah marah ! Bagi aku better masak sendiri kat rumah, and then kalau nak beli pun beli air je, lagi jimat. Tapi tulah kan, thats the one of dugaan bulan puasa, kita tak boleh nak kawal nafsu kita. Yelah mana taknya, takkan tak terliur tengok ayam golek tengah golek, murtabak lepas baru angkat panas2, air tebu budak kecik minum tengah jalan hahaha.
( solat sunat terawih )
Next, mestilah solat sunat terawih gais. Jadi solat sunat terawih ni ada 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat sunat witir. So, basically dia bukanlah wajib utk anda habiskan sampai 20 rakaat, sebenarnya dia ikut kepada kemampuan masing2. Nama pun solat sunat, anda tknk buat pun takpe tak jdi masalah, TAPI anda akan mengalami kerugian yg amat sangat, sebab apa? Sebab terlalu banyak pahala dan kebaikan jika anda mendirikan solat sunat terawih. Kalau tk mmpu nak buat 20, ianya memadai jika anda buat 8 sahaja. Kita tak boleh nak judge someone, "eh kau buat 8 je, orang tua pun boleh buat 20 tau", sebab maybe dia ada masalah kesihatan, mungkin dia ada tanggungan yg dia nak jaga. Jadinya kat sini, kita buat kerana Allah, biarlah niat tu ikhlas beribadat keranaNya. Apa salahnya kan lepas Tuhan dah bagi kita nikmat berbuka, kita balas balik dengan sujud padaNya? Jadinya, lepas terawih tu g la ngeteh orang kata, layan kopi satu gelas en.
( yeppi kemas rumah )
Biasanya yg ni kita buat bila nak dekat time raya, sambil kemas sambil layan lagu raya, pehhh mantul. So, aku taknak sentuh bab cari baju raya, itu benda biasa je bagi aku, pakai baju raya tahun lepas, 2 tahun lepas ke aku okey je. Tapi kalau bab kemas rumah ni, dia mcm ad satu vibe yg lain mcm tau. Lagi2 kalau adik beradik kau memang semua ada kat rumah, mantul dia sumpah lain mcm hahaha. Kadang2 benda mcm nilah actually yg mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, sometime maybe everyone busy with their commitment, but if dpt peluang sebegini, jgn lepaskan.
So, aku rasa ni je yg aku nk share utk kalini. Mungkin banyak lagi benda best wktu bulan puasa ni, mcm main mercun ke, lepak uptown malam raya ke, drama kat tv best2 ke, tapi aku malas nak cite pnjng sebab bnde tu memang common. Jadi ap aku nak cuba sampaikan, bulan puasa ni adalah bulan pengampunan. Doa di bulan puasa ni, sangat mustajab, mintalah kebaikan di dunia dan akhirat. Cubalah buat sehabis baik beribadat bersungguh-sungguh dalam bulan barakah ni, sebab bulan Ramadan ni setahun sekali je, mungkin Ramadan seterusnya kita dah tak jumpa lagi ? Wallahualam. So thats all for this blog !
Comments
Post a Comment