pencakar langit Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog pertama saya ini.Pada detik ini saya akan berkongsi pengalaman pertama bercuti di kota ibu pertiwi Malaysia iaitu Kuala Lumpur semasa cuti umum sempena tahun baru cina.Pada mulanya kami sekeluarga menyewa di sebuah hotel yang selese dan berpatutan buat sementara waktu.Ingin dijadikan cerita,kami sebenarnye menerima jemputan majlis perkahwinan dari pihak sepupu dari belah arwah ibu saya,kebetulan majlis tersebut diadakan di sebuah dewan seberguna di Kuala Lumpur,kebetulan acara tersebut tarikhya lewat sedikit dari tarikh cuti umum.Jadi setelah keluarga mengambil saya dan abang di kampus masing-masing ,kami sekeluarga merancang untuk menggunakan kesempatan ini untuk merasai tempat menarik di ibu kota walaupun dalam tempoh yang pendek.


Tempat pertama yang kami sekeluarga kunjungi ialah masjid Sultan
 Salahuddin Abdul Aziz yang bertempat di Shah Alam kerana berdekatan dengan tempat penginapan kami.Masjid tersebut sungguh besar dan moden serya dihiasi dengan ukiran tradisional melayu disekeliling ruang solat di dalam masjid tersebut.Kemudian kami sekeluarga pergi ke desinasi seterusnya iaitu Menara Kuala Lumpur.Keadaan pada masa kami ingin membeli tiket masok agak sesak tetapi syukur rezeki kami masa itu peroleh harga tiket sebanyak 50 peratus dari harga asal iaitu dari RM78 kepada RM36 .Kami sungguh terkejut pada masa itu,mungki sempene cuti umum atau sebahagian dari strategi perniagaan pelan congan.Sebelum kami masuk ke pintu gerbang menara KLCC kami menyapu tangan menggunakan pembasmi tangan atau dalam bahasa mat salleh hand sanitizer.Tiba sahaja kami di puncak menara Kuala Lumpur,kami berpeluang melihat 360 darjah pemandangan bandar maju Kuala Lumpur.

                   sumber:handphone

                      sumber:handphone                  

                     sumber:handphone

Ini adalah sebahagian gambar yang saya ambil menggunakan telefon pintar saya.Gambar yang pertama menunjukkan menara PNB118 yang masih dalam pembinaan.Dijangka siap pada awal tahun 2023 tetapi akan mengalami sedikit kelewatan mungkin setahun lebih atas sebab tertentu. 

Menara pada gambar kedua menunjukkan  TRX atau dikenali sebagai Tun Razak Exchange.Menara tersebut dibina atas tujuan pelaburan,perniagaan dan dan menyambung legasi arwahyarham Tun Abdul Razak dalam pengusaha FELDA untuk dikembangkan.

Menara pada gambar ketiga mempaparkan Menara Berkembar Petronas yang semestinya satu Malaysia mengetahui mengenainya.Diasaskan oleh idola agung Malaysia Tun Mahathir Muhammad bertujuan pusat syarikat PETRONAS dan pada zaman sekarang ia lebih kepada tujuan tarikan pelancong.

                   sumber:handphone
                     sumber:handphone

Gambar seterusnya menujukkan beberapa gambar percutian saya bersama keluarga semasa berda di puncak menara tersebut .Saya rasa begitu teruja dan gembira berpeluang untuk mengunjungi mercu tanda Malaysia .Sekian sahaja blog saya pada kali ini,terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))