Akademi Laut Malaysia

( Style kan ? )

Assalamualaikum netizen ! Jadi untuk entry kalini ada baiklah kalau aku share sikit pasal Akademi Laut Malaysia which also known as ALAM. Ianya terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka dan yang bestnya kampus ALAM ni terletak sebelah laut. Ya actually ramai yang tak kenal dengan ALAM dan ramai juga yg menganggap ALAM ni adalah navy ! Wow, hahaha . Btw duduknya saya disini di depan laptop adalah untuk menerangkan seberapa banyak yg boleh tentang ALAM ni dari segi belajar, kerjaya and so on.
Straight to the point, ALAM menghasilkan seorang pelaut atau seafarer dalam bidang maritim atau lebih mudah orang kita kata "kerja kapal". Contohnya mcm dalam filem Titanic dan Captain Phillips, filem yg ada unsur bidang perkapalan.
Jadi nak lebih faham, saya akan menjawab antara top questions yg selalu ditanya oleh netizen.


( view from our cabin )

1. Best ke belajar kat ALAM ?

Alhamdulillah, saya bersyukur saya belajar dekat ALAM. Kenapa ? First sebab belajar free. Untuk pengetahuan anda, belajar kat ALAM bukannya murah at least anda kena ada RM100k dalam tangan. Tapi,kalau anda lepas interview sponsorship, yuran belajar anda ditanggung oleh Malaysia International Shipping Company (MISC) atau nama lain Eaglestar. Kalau anda tak dapat that sponsor, anda boleh mohon JPA. Tapi kalau dua-dua anda tak dapat, jgn risau anda boleh pinjam PTPTN. Anda jgn risau dan tak perlu iri hati kalau tak dapat sponsor, sebabnya ketiga-tiga type of sponsor ni ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan Eaglestar sponsored student, waktu belajar anda tak perlu fikir apa-apa sebab smuanya free, waktu praktikal nanti anda dah ada kapal untuk naik, TAPI bila anda keluar dari ALAM, anda sudah terikat dengan kontrak Eaglestar dan anda kena kerja dengan dia. For JPA sponsored student, waktu belajar free, keluar ALAM anda boleh kerja dengan mana-mana company yg anda nak, TAPI waktu praktikal, anda kena cari kapal sendiri. For PTPTN student, waktu belajar, anda mungkin busy untuk bayar itu dan ini, waktu praktikal pun anda kena cari kapal sendiri, TAPI bila anda keluar ALAM, anda boleh kerja dengan mana-mana company kapal yg anda nak. Second best belajar kat ALAM sebab life dekat ALAM saling tak tumpah mcm asrama. Ada asrama yg selesa, anda tak perlu fikir sem depan nak sewa rumah kat mana, makan minum sangat cukup , anda tak perlu risau nak makan kat mana, duit belanja mmg senang sngt nak simpan, anda tak perlu risau nak cari part time kat mana, kehidupan anda terkawal dan tak terlalu bebas, anda boleh keluar bila dilepaskan sahaja.

( parade square )

2. Korang belajar pasal apa je kat ALAM ?

Dekat ALAM, ada dua kos, Diploma in Nautical Studies which you can achieve the highest rank Captain, dan Diploma in Marine Engineering which you can achieve the highest rank Chief Engineer. So, belajar kat ALAM cuma tiga tahun sahaja, dua tahun belajar di ALAM, setahun praktikal atas kapal. Oooo so degree korang berapa tahun ? Nope, kami takde degree. Habis tiga tahun and then terus kerja. Subjek apa je korang belajar kat situ? Maaf for engine side, sebab I from the deck (nautical studies) side, saya cuma tahu mereka belajar totally tentang bahagian enjin dan bahagian dalam kapal. So for deck side, the main is we learn how to navigate the ship to reach the destination. Bila masuk bidang yg baru, jadinya subjek yg anda belajar pun baru. Yang bestnya for this kos, subjek seperti chemist, addmath, dan yg lain waktu sekolah menengah dulu mmg totally takde langsung except basic math. Tambahan pulak tu, subjek kat sini semua interesting gila dan agak rare. Yelah mana taknya dikala orang lain bertungkus lumus bergelut dengan addmath, fizik, chemist mereka, kami disini belajar tentang how to navigate ship use the celestial body ( contohnya bintang dan bulan), belajar pasal undang-undang laut, belajar pasal bumi, mcm mana nak plot route atas map. Rare kan? Dan ya belajar kat sini sangat senang nak score, anda main game malam periksa pun saya boleh jamin anda score.


( study-study )

3. Lepas graduate, korang jadi apa ?

Sperti yg saya sebut di awal tadi, ALAM menghasilkan pelaut atau seafarer bukannya navy. Pendek cerita, lepas kami graduate kami dah start kerja dekat laut sana. Belayar selama 6 bulan, turun kapal cuti dalam 2 ke 3 bulan, company panggil kerja balik, naik balik kapal dan belayar selama 6 bulan. REPEAT. Begitulah kehidupan seorang pelaut turun dan naik kapal. Kenapa lama sangat sampai 6 bulan ? Jawapannya sebab kami seafarer ada satu term dipanggil "seatime". Kalau pilot kapal terbang dia dipanggil "flying hours". Apa function benda ni ? Seatime adalah salah satu requirement for seafarer untuk naik pangkat. Makin banyak seatime seafarer tu kumpul, lagi senang dia nak naik pangkat. Sebab apa senang nak naik pangkat? Sebab untuk pangkat dan tanggungjawab yg lebih besar, anda perlukan pengalaman because there is a quote said that "Nothing can't beat experience". Jadinya bila anda dah dapat rank Captain atau Chief Engineer, anda tak perlu belayar selama 6 bulan lagi, mungkin dah dipendekkan ke 3 ke 4 bulan sahaja tapi ni pun based on company jugak. Habistu kalau kita dah malas nak belayar sebab dah ada anak bini, apa patut kita buat? Jawapannya, terpulang pada anda, anda ada dua option. First, mungkin anda dah belayar selama 15 tahun, anda dah ada banyak simpanan, anda rasa nak buka warung dan anda nak fokus pada warung, yup dibenarkan. Second, anda nak berhenti belayar, tapi hati ni masih kuat dengan laut. Untuk pengetahuan anda, bidang maritim ni banyak cabang. Yup anda boleh kerja di mana-mana port kat Malaysia ni, Port Klang ke. Kerja apa tu kat port? Kerja ini dipanggil pilot. Bukan udara sahaja ada pilot, laut pun ada. Apa tugas pilot? Pendek cita, bila satu kapal nak start masuk port negara lain, contohnya kapal Malaysia nak masuk port Germany, tapi masalahnya kita taktau port Germany ni mcm mana, so port Germany ni akan hantar pilot mereka melalui satu bot untuk command the ship masuk port tu.Selain tu, kalau anda taknak kerja di port, anda boleh jadi lecturer kat ALAM dan bagi ilmu untuk future seafarer.

(chartwork)

4. Betul ke gaji org kerja kapal masyuk ?

Rata-rata org yg masuk ALAM, bila ditanya kenapa masuk ALAM ? Sebab gaji besar hahaha. Ya mmg tk dpt dinafikan pekerjaan ini memang loaded. TAPI sesuai dgn risiko anda bekerja di tgh laut menggadai nyawa, tinggalkan family dan org yg tersayang, tiada istilah cuti, jika berlaku kematian, anda tak dapat pulang, dan mcm-mcm lagi. Tambahan, kerja kapal tiada cukai dan gaji anda memang totally bersih, tempt tinggal, mkn minum semuanya dah disediakan kat atas kapal. Sebabtu bila turun je kapal mmg sngt loaded sebab anda tak pakai langsung duit gaji semasa di atas kapal sebaliknya digunakan duit gaji tersebut untuk enjoy bila di daratan.

Jadi itu saja yg saya nak share untuk entry kalini, kalau ada soalan dan pertanyaan, boleh drop di bahagian komen. Jika ada kesempatan , next blog pertanyaan anda saya jawab. Thats all , Thank you !










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))