Tandom Hill

Hello and Assalamualaikum guys! 


Kali ni aku nk cerita pulak pengalaman aku kat tandom hill. So, Tadom Hill ni terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor. Ianya dibina di kawasan yang agak pendalaman dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Kira2 1 jam dri KL, mcm biasa laa bergantung juga kpd kesesakkan lalu lintas hehehe.

Muatan masuk ke Tadom Hill untuk walk in - day pass adalah seramai 150 Orang. Aku candangkan sebelum nk datang ke sini lebih baik booking dulu. Kalau tak mereput laa korang, datang jauh2 mampu tgk jee hahaha.
Di sebabkan kami dah booking awal dan bermalam situ, so xde kami terkejar kejar sangat. Sampai kat situ pon dah lewat petang so apa lagi BBQ laa!!. Tempat BBQ perlu disewa, and jangan lupa bwk bahan2 dan makanan untuk BBQ sbb kat situ susah nk cari kedai.


Keesokkan harinya aktiviti yg di tunggu2, Haa!! Apa lagi terjun arhh!!..So, Tadom Groove adalah aktiviti utama jika anda mengunjungi Tadom Hill. Aktivitinya berendam dalam tasik yang biru kehijauan. Walaupun ianya sebuah tasik, air nya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda.


 Selain daripada bersantai mandi-manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti  boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh yang disediakan. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Korang boleh melakukan aktiviti ini dari 10:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.



Tadom Hill adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai bersama rakan dan keluarga.
Tempat ni memang best untuk relaks, berehat, tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar.

Kalau bercadang nak bermalam kat sini, better la korang tempah awal-awal coz selalunya memang fully book, lagi-lagi kalau hujung minggu ataupun musim cuti sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))