Trans Studio Bandung (Part 3)

Okay guys, seperti yang dijanjikan..kali ni di Trans Studio bandung pulak! Ehh apa yang best sgt kat sini? Kalo nk tahu, kene laa bacaa hehehe.



Trans studio ni adalah salah satu tempat yg paling popular kat kota bandung ni. Rugi weh tak pergi kalau dah sampai bandung ni.. Untuk yuran masuk ke Trans studio ni, kami dikenakan tiket berharga idr 170,000. Kiranya convert ke duit Malaysia dalam 60 ke 70 ringgit sahaja murah kan? So korang patut cuba!!



Ni adalah senarai permainan yg korang boleh cuba :


  • Trans city theater
  • Yamaha Racing Coaster
  • Giant Swing
  • Marvel Superheroes
  • Vertigo
  • Trans Car Racing
  • Si Bolang Adventure
  • Trans Broadcast Museum
  • Science Center
  • Dunia anak
  • Jelajah
  • Kong climb
  • Sky pirates
  • Amphitheatre
  • Captain Black heart pirate ship
  • Negeri Raksasa
  • Dragon riders
  • Pulau liluput
  • Dunia lain
  • Special effects action
Sebelum masuk ke dalam, korang akan di hiburkan dgn sedikit persembahan.. So korang boleh laa enjoy dulu sebelum masuk dalam tu.


Ni antara permainan yang aku cuba :

Cuak gila wehh


Giant Swing ni memang mencabar gila beb, 360 darjah.. Wehh. Mula2 acah berani je sbrnya nk cuba bende ni, sekali dah duduk dalam tu.. Perasaan cuak pon mula timbul daa. Yelaa pertama kali nk cuba bende2 pelik macam ni sapa je tak cuak haa tgk muka aku tu.. Walaupun cuak still kene cover hensem hahaha.


So untuk yang ini pulak adalah pulau liluput, so dalam ni lebih kurang mcm aquaria KLCC laa hehe tapi percaya laa kat sini lagi best beb. So, kat dlam ni korang boleh pegang mcm2 haiwan dalam ni antaranya ialah ikan yu, haa tgk gmbr tu, masing2 dok tunggu ikan yu sebenarnya. Ini adalah antara pengalaman yg aku takkan lupakan kat Trans studio ni beb.



okay, utk yg ni pulak di Dunia anak.. So kalau korang ada anak kecik ataupun adik2 yg masih kecil tu.. Jgn risau.. Tak akan rugi. Sebab apa? Sebab... Kat sini pon ada disediakan tempat permainan utk kanak2 kecil.. Byk sebenarnya tempat untuk kanak2 dalam ni tapi tak tersempat untuk ambil gambar.. Yelaa dah seronok bermain.. Nak amik gambar pon lupa daaa hehehe.



Untuk cerita Trans Studio sampai sini je. Byk sebenarnya permainan yang aku main.. Tapi tulaa tak banyak gambar yg aku ambil. Sebab terleka main permainan dalam tu. So korang kalau ada rezeki ke Bandung, jgn lepaskan peluang ke Trans Studio ni, sumpah best gila wehh. Untuk next cerita pulak nk tahu kat mana? Nak tahu tak? Nak takk? Haa kene laa tunggu hehehe. 

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))