Tula Taknak Dengar Cakap Mak !
( bukan tempat sebenar )
Assalamualaikum netizen ! Cakap banyak pun tak guna, harini aku nak cite pasal aku patah tangan. Kejadian ni berlaku 3 hari selepas keputusan UPSR keluar, aku dengan kawan decide nak main futsal dekat taman perumahan kiteorang pd waktu pagi dalam pukul 9 atau 10 macamtu. Semua pun on. Pada hari kejadian, pagi tu hujan. Tapi dalam pukul 9 lebih hujan dah berhenti, so aku pun siap2 lah nak g main. Mak aku pun hantar naik kereta. Dah sampai je, aku salam mak aku, pastu waktu aku nak keluar je dari kereta, mak aku tarik tangan aku. Dia kata tak payahlah main sebab bru lepas hujan kan, so court tu agak basah la. Tapi takkanlah aku tak jadi main kan, sebabnya kawan aku semua dh tunggu kt situ. So aku pun ckp dkt mak aku, aku nak main jugak.
( bukan tangan aku, sumber google )
Aku pun seronok main futsal dengan kawan aku. Tiba2 waktu aku tengah kejar bola, aku terpijak lopak air, bedesupppp aku terus jatuh. Aku duduk, aku terus pegang tangan kanan aku, waktu tu aku rase sakit biase je, aku ingatkan takde pape. Kawan semua dah start berdiri keliling aku, ad sorang ni suro aku bukak tangan, aku bukak je, tangan kanan aku dh bengkok beb. Peh waktu tu aku taktau pulak tangan aku patah hahaha, aku tau sebab kwan aku bagitau.
( pecut balik rumah ! )
Apa lagi, kawan aku pun bawak aku naik motor hantar aku terus balik rumah. Sampai rumah, mak aku terkejut, terus pecut naik kereta pulak pergi hospital dengan mak dengan kakak ipar aku hahaha. Sampai hospital, mcm biaselah , konfirm kena simen dulu. Sebelum simen tu, tangan kena tarik dulu kasi tulang bersambung balik, peh dia punya sakit Tuhan je tahu. Tapi dalam beberapa hari lepastu, mak aku hntr aku pergi rawatan cina. So simen yg ada dekat aku, kena bukak. Dekat rawatan cina tu pulak, tangan aku kena tarik lg sekali, kalini lagi sakit wooo. Tapi alhamdulillah, rawatan cina tu berhasil dalam masa sebulan. Tepat je dah nak naik form1, tangan aku dah okey.
( yeay dah sihat ! )
So kesimpulannya, dengarlah cakap mak dan ayah kita okey ! Walaupun benda tu kecik, tapi ada hikmah disebalik kata2 tersebut.
Comments
Post a Comment