Cara2 Membuat Tauhu.



Cara - Cara Pembuatan Tauhu

 Assalamualaikum semua, so, hri ni aq nak share lah serba sedikitlah  cara pembuatan tauhu by ayah aq sendiri Nizam Abd Latif. Actually tak ramai orang tahu cara nak buat. Apa orang tahu cara nak makan jee haa.hahha.


Yep, apa aq nk bagi tahu sini ialah bahan2 nya adalah :

1.Kacang Soya (1kg) 
Siap berendam selama 5 jam . Tujuannya adalah untuk memastikan kulit kacang soya tu tekupas sendiri dan supaya dia bersih bila nak d masak nanti.

Hasil air Soya sendiri untuk juadah berbuka puasa.
2.Serbuk GDL (25 g cukup)
banyak serbuk ni bergantung kpd banyak kacang soya, so mcm skrg ni kita guna 1 kg kacang soya 25g serbuk GDL mencukupi. Actually tujuan serbuk ni adalah untuk membuatkan kacang soya yang bakal kita kisar nanti akan menjadi pepejal dalam 15 minit dan bentuk pejal itulah kita panggil tauhu.

 Aditif makanan GDL Soy Products protein agen pembekuan protein ...
actually ni je bahan2 yang penting kena ada haa sikit je kan.
Tak banyak pun, cuma cara pemprosesannya mengambil masa yang panjang sikitlah.

Cara membuat:~ 
1. Kita kisar kacang soya tu dan campur dengan air sebanyak 100ml sudah mencukupi untuk hasilkan air soya. 
2. Rebus air soya yang dah di kisar di dalam periuk atau apa2 ja lah sehingga air mendidih.( kalau nak tahu mendidih ke tak, make sure masa rebus tu akan keluar banyak buih sehingga ke mulut periuk).
 3. Sebelum kita tuang ke dalam bekas air soya yg dah di rebus, bancuh terlebih dahulu serbuk GDL dengan air sebanyak 50 ml dalam cawan .

4. Step ni paling penting.Selepas itu, serbuk GDL yang sudah d bancuh, terus sahaja di masukkan kedalam bekas yang ingin di tuang air soya yang baru di rebus PANAS2!! (Pastikan selepas menuang bancuhan serbuk itu kita terus tuang air soya kedalam bekas yg sama SERTA MERTA)  ~ ni sebab nak buatkan seluruh air soya tu terabsorb sekali dengan bancuhan supaya air soya tu nanti keras dan menjadi tauhu. 
5.  Lepas dah campur bancuhan serbuk GDL dan air soya tu kita biar dia keras sendiri dalam masa 15 minit.
6. Then, air soya tu pun akan jadi taufufah iaitu tauhu yang lembut belum keras lagi. So, kita akan asingkan taufufah tu dalam bekas lain. 
7.Asingkannya menggunakan sudu biar dia hancur sebab nanti dia akan menjadi bentuk pepejal semula setelah kita compress dengan beban yang berat di atasnya selama 30 minit.
8. Last, selepas compress tu kita akan nampak hasil kita menjadi atau tidak. 

Well, for the first timer jujur aq cakap tauhu korang tak akan cantik. Apa yang perlu di buat adalah kena trainingg!! hehehe.



So, Jom! kita tengok cara mengisar dan memasak tauhu yang ada dalam video ni eh. Actually video ni  sangatlah bising dengan bunyi mesin pengisar tauhu. 



~Recorded by me~


Segala yang buruk datangnya dari aq, dan yang baik2 tu adalah datang daripada Allah SwT. Sekian, Assalamualaikum. 


Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Journey to Korea (My ESS #1)