Menyambut Lembaran Syawal

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca sorotan blog untuk kali seterusnya ini.Pada waktu ini saya akan berkongsi pengalaman kami sekeluarga dalam menyambut hari raya aidil fitri dalam tempoh dimana pelaksanaan PKP diisytiharkan di seluruh negara akibat pandemik wabak covid-19 yang memberi kesan kepada dunia.Raya pada kali ini sememangnya amatlah berbeza dibandingkan dengan sambutan raya pada tahun yang sebelumnya kerana kami menyambutnya sepenuh masa di dalam rumah akibat rasa gusar untuk melakukan aktiviti ziarah-menziarahi antara jiran dan sanak saudara.Jadi kami membuat keputusan untuk kekal di dalam rumah sepanjang PKP demi keselamatan keluarga,diri sendiri, dan masyarakat.Pertama kali saya ingin berkongsi mengenai juadah hidangan lauk-pauk yang kami masak semalaman untuk menyiapkannya.Kata orang tu agak berkecah dan bersepahlah apabila tamatnya kami masak bersama-sama juga mengambil masa untuk mengemas ruang rewang dapur.Berikut adalah antara juadah yang berjaya dimasak oleh kami  sekeluarga berlandaskan resipi keramat arwah ibunda saya Hasnah Binti Mohd Diah.

                          SAMBAL KACANG

                          RENDANG DAGING

                      AYAM MASAK SAMBAL

                           SAMBAL GORENG

                                NASI IMPIT

Gambar diatas menunjukkan antara juadah yang akan kami nikmati pada hari raya pertama dan kedua.Sesudah masak,kami sekeluarga menggosok baju baharu raya pada malam itu juga walaupun dalam keadaan keletihan dan kepenatan,kami lakukan juga untuk mengelakkan daripada terumbang-ambing pada pagi raya esoknya bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.Selesai sahaja menggosok baju ,kami semua terus mandi dan  sejurus itu terus melelapkan mata di atas katil masing-masing.Terbitnnya sedikit lingkarang sinaran matahari dari arah timur menunjukkan telah masuk waktu subuh.Kami semua bangun dari tidur yang peliknya secara serentak dek kerana alam telefon pintar saya yang begitu nyaring dan kuat.Kemudian kami mandi bergilir-gilir di dalam tandas dan kemudian bersiap siaga untuk sama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah.Sesudah itu kami menukar pakaian kepada uniform rasmi sempena menyambut hari pertama aidilfitri.Selepas habis bersiap,kami semua bentang sejadah di ruang tamu utama untuk bersama solat sunat hari raya aidil fitri tapi sebelum itu kami melaungkan takbir raya dengan penghayatan sepenuhnya sebagai tanda kesyukuran untuk bertemu hari yang bahagia ini walaupun tanpa dakapan ibu tercinta disisi keluarga.Kami sekeluarga terima pemergian ibu kami seadanya dan sekarang ini hampir masuk enam bulan kami bergelar anak yatim.Agak berasa pilu dan sayu ketika kami dendangkan takbir raya walau dalam suasana baru di rumah tapi tetap menyentuh hati.Sesudah tamat bertakbir raya,kami sekeluarga solat sunat aildilfitri berjemaah dengan ayah meimamkan kami adik-beradik.Selesai sahaja itu,kami teruskan dengan sesi bersalam-salaman bersama ahli keluarga dan walaupun saya sudah mencapai usia 19 tahun tapi masih lagi tetap menerima duit daripada ayah dan adik-beradik.Banyak juga jumlah yang saya peroleh ,kata orang boleh lah buat tambah nilai 5 bulan.Begitulah diantara rangkuman pengalaman hari raya saya bersama keluarga tercinta sepanjang tempoh PKP 

Sekian ini sahaja daripada saya,nasihat ikuti prosedur operasi biasa (SOP) daripada pihak kerajaan dalam menangani wabak covid-19 ini dan semoga kita doakan agar seluruh dunia termasuk Malaysia berjaya memutuskan rangkaian virus berbahaya tersebut kelak.

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Journey to Korea (My ESS #1)