Masakan Kegemaran : Cendawan Goreng Celup Tepung

 Assalamualaikum dan apa khabar semua saudara dan saudari sekalian .Hehehe saya harap  anda semua sihat sejahtera ๐Ÿ˜€.

Okeyh!  Harini saya nak kongsikan satu resepi yang saya try and error jer sebenarnya untuk buat cendawan goreng tapi rasanya serius sedap sangat .๐Ÿ˜‹

So bahan-bahan nak buat cendawan goreng celup tepung yang sedap dan crispy serta pedas ni adalah:

1.Cendawan
Cendawan saya biasa beli 2 paket cendawan dan harga dia taklah mahal sangat lebih kurang Rm 2/paket ja.


(Sumber:Google)
                                                               

2.Telur mentah
Biasanya saya guna sebijik jer untuk 2 paket cendawan.


(Sumber : Google)


3. Tepung Bestari (Spicy)
Bebas anda semua ingin guna tepung yang mana tapi saya suka tepung bestari yang spicy sebab rasa dia perghh sebijik macam KFC hehe kalau tak percaya  boleh try sendiri yer.

(Sumber : Google)

Selepas ada semua bahan-bahan kat atas  kita terus buat sebab orang kata cendawan yang fresh ni lagi lagi best  so cukup jer semua bahan ni kita terus proceed untuk  masak hehehe

okeyh resepi cendawan goreng celup tepung saya adalah:
1.Pecahkan telur dalam satu mangkuk dan kacau sehingga telur putih dan telur kuning bercampur .
2.campurkan cendawan ke dalam mangkuk telur yang pertama tadi

(Sumber : Sendiri )


3.Selepas celup telur tu kita terus ambik cendawan yang dah bersalut telur tu campur dengan tepung  bestari spicy tu  , jangan biar cendawan tu lama dalam campuran telur tu sebab cendawan tu nanti cepat hancur.

(Sumber :Sendiri )

Okeyh ni first time saya buat so saya pakai tangan jer which is i thought it will be easier to make the mushroom all coated with this tepung but actually tepung tu banyak melekat kat tangan jer, so for next time try to use  spoon to coat the mushroom . ๐Ÿ˜Š

4.Selepas salut terus jer masuk kuali hehe tapi pastikan minyak kuali tu dah panas yer guys , barulah tepung yang melekat dekat cendawan tu x banyak jatuh ๐Ÿ‘.

(Sumber : Sendiri )

Haa  nak tahu minyak tu dah panas ke belum boleh nampak buih-buih kecik yang timbul kat minyak tu .

(sumber:sendiri)

Yumm! x sabar nak makan hehe maklumlah saya tulis resepi ni masa tengah puasa hehe jadi terliur pulak .๐Ÿ˜‚

Okeyh! tu sahajalah resepi try and error saya pada harini nanti InsyaAllah saya akan kongsikan banyak lagi resepi baru yang saya akan cuba nanti so Stay Tune ! ๐Ÿ˜†

(Sumber : sendiri)

Nampak buruk ๐Ÿ˜ฉ!  Hehe tapi nak post jugak sebab ni first time saya buat tapi tak kisahlah rupa dia macam mana asalkan sedap dimakan .๐Ÿ˜‹

Selamat Mencuba Guys!!

Terima Kasih kepada Pembaca-pembaca blogger saya ๐Ÿ˜‡

Daripada : Z1D4N3 (Amir Arif) ๐Ÿ˜Š

Comments

Popular posts from this blog

Sisters by ❤️ ((roommate edition))

Trans Studio Bandung (Part 3)

Brunei Language.