Bukit Broga


Hi guys, sempena post pertama aku ni, aku nak ceritakan tentang pengalaman aku mendaki bukit broga. So sapa2 yg baru nak ceburi dlm aktiviti mendaki gunung ni, bukit broga adalah salah satu bukit yg terbaik utk permulaan.

source: google 

Bukit broga ataupun dikenali sebagai broga hill, terletak di semenyih kira2 45 minit dari pusat bandar. Berketinggian 400 meter. Tak laa tinggi sangat bagi aku yg baru nak try mendaki ni hahaha.

Sebenarnya aku mendaki ni pon ikut trip sekolah hehehe. Tapi takpelaa janji ada pengalaman. So setibanya di sana kira2 jam 4.30 pagi. Keadaan waktu tu memang gelap gelita tk nmpk apa pon, seram pon ada juga sebab dikelilingi dengan pokok kelapa sawit.


Kami pun mulakan perjalanan ke puncak broga kira2 jam 5 pagi, gerak awal sebab nk tgk sunset. Perjalanan ke puncak takdelah mencabar sgt hahaha kot la. Tapi bagi aku so so laa.


Perjalanan ke puncak tak mengambil masa yang lama pon kira2 1jam atau 1jam setengah depends on korang gak sebenarnya. Aku sampai di puncak kira2 jam 6.30 sampai je atas tu terus menunaikan solat subuh. Seronok2 juga, bende wajib jgn tinggal.



Pemandangan kat atas tu memang lawa gila ni aku ada sediakan sedikit gmbr view dekat atas tu.



So, sesiapa yg hujung minggu die tu membosankan boleh laa ajak member2 korang mendaki bukit broga tu. So, Sampai sini jela serba sedikit pengalaman aku mendaki bukit broga dan terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))