Ada Apa Dekat Hatyai ?

Assalamualaikum !

( Stesen Keretapi Hatyai )

So kalini aku akan cerita tentang pengalaman aku pergi Hatyai, Thailand . Aku pergi dengan family lepas aku habis SPM. Agak excited sebab this is my first time pergi tengok negara orang. Nak dipendekkan cerita, kiteorang tinggal kat rumah makcik aku kat Penang. Makcik aku ni dia dah selalu pergi Hatyai , tahun lepas je dia dah pergi 7 kali . So, dia memang dah expert la selok belok Hatyai. Kami tak pergi naik flight, kami cuma pergi border Malaysia-Thailand . Kat sana kami naik keretapi. So semua urusan passport settle kat situ. Tempoh perjalanan mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai di Stesen Keretapi Hatyai. Bila dah sampai sana , mulalah ada orang yg akan offer anda untuk naik "Tuk-tuk" ( taktau ejaannya mcm mana , tapi bunyi dia lebih kurng mcm tu la ). Tuk-tuk ni mcm kereta kecil yg selalu diguna pakai dalam industri pelancongan di Thailand.


( nilah tuk-tuk ! agak selesa lah , sumber google )

So apa yang best kat Hatyai, Thailand ni ? First , makanan dia memang sedap-sedap gila. Contohnya mcm seafood mereka , udang diorang memang besar-besar , and then ada aiskrim kelapa , tomyam dia jangan citelah, dan banyak lagi . Jangan risau pasal halal , mostly peniaga kat sini Muslim. Tapi sometime kena cek jugaklah. Second, tempat pelancongan dia pon boleh tahan . Contohnya mcm Floating Market, Asean Market , Masjid Songhkla dan Chang Puak Camp. Kalau korang ada masa , boleh pergi massage , aku nk pergi tapi takpela . 

( besar kan udang dia ? pling penting fresh lagi beb )

So , kami stay kat sana dalam 3 hari 2 malam sahaja. Overall memang best la, hotel pon bersih , ad wifi ( paling penting ) , and then kalau malam-malam bosan , boleh g jalan-jalan kat area situ. So untuk currency pulak, 100 baht dia bersamaan RM13.26. Actually harga barang diorang pon lebih kurang je mcm kita , kalau RM13.26 tu kita leh dapat jajan , roti ke , air sikit, mcm tu lah jugak kat Thailand. Dan paling penting jgn lupa singgah dia punya 7eleven sebab banyak makanan best-best kat situ yg tkde kat 7e Malaysia. 

( antara yg kami beli dekat 7e )

Itu je kot yg aku nak share dekat korang tentang pengalaman aku pergi Hatyai. Actually banyak lagi tempat-tempat yg menarik kat Thailand, mcm Krabi ke , so siapa-siapa yg nak pergi travel tu, jaga diri elok-elok, be safe , sebab banyak penyakit sekarang yg membahayakn kesihatan.

SEKIAN TERIMA KASIH !






Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))