Masuk Tempat Orang Bawak Otak Bukan Pisau

     Assalamualaikum !
(sumber twitter)

 So today we are going to discuss about some issues happened in Malaysia which is 'Ritual agama berlebihan jejas pelajaran anak di sekolah ' . Benda ni dah viral di media sosial sejak 21 January 2020, so belum terlambat untuk saya sendiri sebagai ex student MRSM to give my opinion for this case. Tak dapat dinafikan yang MRSM memang penuh dengan aktiviti kerohanian contohnya macam solat lima waktu berjemaah ( not all MRSM ) , kelas talaqqi , tazkirah atau ceramah agama , program mini ulul albab dan lain-lain.

(so this is my lovely mrsm , pic from my friend, Ishak Azran)


Sebelum aku pergi kepada point-point yg penting , aku akan ceritakan serba sedikit aktiviti seharian di MRSM. Start pukul 5.30 atau 5.45 pagi , Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) akan kejutkan student utk siap-siap solat Subuh berjemaah. Aku rasa MRSM aku je cara dia kejut lain macam , ahli BADAR akan ada pistol air masing-masing utk kejutkan budak ( aku dulu ex badar) . And then after semua dah habis solat , akan ada bacaan al-mathurat dan al-quran. Kemudian , upper form akan pergi sarapan dan lower form akan pergi siap-siap tukar baju sekolah ( utk elakkan ramai org at peak hour) . Kelas start pukul 8 pagi sampai pukul 2 ptg ( for those PT3 and SPM student selalunya ad kelas tambahan sampai kol 5 ptg) . Next , 5 sampai 6.30 ptg pergi riadah , 7 sampai 9 mlm ad aktiviti kt surau ( solat Maghrib & Isyak berjemaah dan ad tazkirah) , 9 smpai 11 malam ad prep dan berakhirlah utk satu hari. Sekarang , I think there is only plus minus 4 hours sahaja utk program kerohanian dan ibu bapa mula bising ?

For me , MRSM are balanced in all aspects either academic , sports , discipline , manners dan banyak lagi. Ya memang tak dapat dinafikan MRSM mementingkan akademik lagi-lagi budak yg nak amik SPM. Diorang kene push gila-gila , handout punyalah banyak sampai tak terbuat , aku dan kawan-kawan aku dah lalui semua benda ni 2 tahun yg lepas, so mcm mana kami ni boleh hadap benda ni dengan rileknya ? Jawapannya dengan solat berjemaah, solat hajat , baca al-quran , dengar tazkirah . Apa buktinya benda ni dapat membantu kami ? Dengan buat perkara inilah kita akan lupakan sebentar tentang pelajaran ( dunia ) , kita dpt hilangkan stress belajar dgn baca al-quran, lepas solat kita doa mintak dkt Tuhan , actually benda-benda nilah yg menaikkan semangat kita utk belajar balik. Cuba bygkan kalau MRSM tkde buat benda ni, means 24/7 belajar je sbb mak bpk kata tak cukup masa anak-anak nk belajar, boleh pecah kepala otak ni. Dan lagi satu, MRSM nak lahirkan orang yg berjaya seiring dengan SAHSIAH dan ADAB yg baik. Ada orang pandai , tapi akhlak kurang. Ada orang dahlah tak pandai, akhlak pon teruk. Biarlah kita jadi org yg tak pandai tapi akhlak bagus.

( sumber google )

Ada orang dia tak pandai akademik , dia selalu tanya kawan-kawan dia ap yg tk faham , tapi dia power bab-bab hafal , kawan-kawan dia pulak yg tnye dia mcm mana cara nak hafal. Inilah realiti kehidupan, bukan kita selalu berada di atas. Kadang-kadang , bakat yg mcm ni lah yg org selalu tk nampak, sebabtu MRSM buat program mini ulul albab. Program ni nak tengok sejauh mana kemampuan student hafal surah-surah pilihan yg ditetapkan. Kadang-kadang org tu sendiri tak perasan yg dia power hafal sesuatu benda sampailah dia try buat benda tu sendiri. Ada hikmah sesuatu benda tu berlaku , kejayaan tu pun bukan semuanya atas hasil usaha kita sendiri , semuanya kehendak dari-Nya. Usahalah banyak mana pon, kalau Tuhan taknak bagi , takkan dapatlah.

( just nak share, nilah antara collection dr program mini ulul albab
dari kiri: Mumtaz 2016, Tokoh Huffaz 2018, Mumtaz 2017)

And one more I manage to get Terbaik Keseluruhan Kelas Talaqqi 2014 ( tkde gmbr sbb tkde piala) . So siapa kata ritual keagamaan menjejaskan pelajaran dan tak boleh capai kejayaan ? Ni tak dikira kejayaan ke?  Aku memang tak berapa pandai akademik, tapi bab-bab hafal memang makanan aku lah. Ya memang parents nak anak dia paling bagus dlm pelajaran mcm hari graduasi form 5 , kawan-kwan aku yg pndai dpt naik pentas , dapat Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum , Golden Award, aku pon tumpang bangga dengan kejayaan diorang. Aku pulak hanya mampu dapat Tokoh Huffaz dimana tokoh tu tak disekalikan dengan hari graduasi. So aku mampu hntr gmbr je kt umi ayah aku , tk dpt diorang tengok aku naik pentas. But I still can make my parents proud of me even my academic was not good enough. So, MRSM is not about academic only, but MRSM is everything. Ada orang masuk MRSM baru dia tahu adanya solat sunat qabliah & ba'diah ( aku lah tu) , baru dia tahu ad sujud sajdah ( dilakukan pd solat Subuh hari Jumaat) ( aku lagi) , adanya solat jenazah ghaib, kenal tajwid, mcm mana nk tutup aurat dgn sempurna .So this is one of the preparation utk mereka sebelum mereka melangkah ke alam universiti dimana hidup kat uni terlalu bebas, nak keluar malam-malam takde sapa kacau, nak buat tu nak buat ni , semua boleh buat sebab takde parents with you.Taknak solat, takde sapa nak marah dan tegur. So bila mentaliti diorang dah prepare awal sejak sekolah lagi, ibu bapa dah boleh lepaskan anak mereka dengan doa dan kepercayaan . Kesannya pada ibu bapa jugak , ibu bapa takkan tak sejuk perut bila anak dia balik rumah jaga solat dan jadi imam solat jemaah. Akhir sekali, for parents yg tak suka dengan cara MRSM atau SBP , katanya jejas prestasi murid dan tak cukup masa belajar, tak perlu hantar anak anda ke sini, hantarlah anak anda belajar sendiri kt MCD ke, MCD kan buka 24 jam.



SEKIAN TERIMA KASIH !



















Comments

Popular posts from this blog

Budak Lelaki ke Kadet Laut Dalam.(Part 1)

Brunei Language.

Sisters by ❤️ ((roommate edition))